Ads 468x60px

Monday 8 May 2017

Apakah faedah penyusuan badan?


Susu ibu membekalkan segala yang diperlukan oleh bayi anda untuk berkembang maju selama enam bulan pertama hidupnya.


Menyusukan bayi anda memberi banyak faedah. Berikut adalah di antaranya:


  • Ia mengurangkan risiko bayi mengalami sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).

  • Ia membantu bayi anda melawan jangkitan dan membentuk bakteria baik dalam sistem pencernaannya. Bayi anda mendapat kesemua nutrien yang diperlukan untuk membesar dengan baik daripada susu anda, disamping mendapat perlindungan daripada bakteria berbahaya.

  • Susu ibu mengandungi antibodi daripada badan anda yang membantu melindungi bayi anda daripada sakit perut (gastroenteritis), selesema, jangkitan dada dan jangkitan telinga.

  • Ia membantu membentuk ikatan rapat di antara ibu dan anak, dan dapat membantu mengelakkan kemurungan selepas bersalin (meroyan).

  • Ia mempersiap-sediakan bayi anda merasa pelbagai rasa yang berbeza. Berbanding dengan susu formula, susu ibu mempunyai rasa berbeza, bergantung kepada apa yang anda makan. Dengan ini, bayi anda akan kurang cerewet dalam memilih makanan apabila dia sudah bercerai susu kelak.

  • Apabila bayi anda sudah besar sedikit, penyusuan badan menjadi satu cara untuk menenangkan bayi jika dia tidak sihat dan tidak lalu makan. Susu ibu juga membantu bayi sembuh daripada penyakit dengan lebih cepat. Apabila bayi anda sudah mula makan makanan pejal, anda masih boleh meneruskan penyusuan badan.


Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada jangkitan. Bayi anda mungkin terkena jangkitan, dan sebaik sahaja anda sendiri dijangkiti, badan anda segera bekerja untuk menghasilkan antibodi. Antibodi ini seterusnya dipindahkan ke dalam susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia menyusu.



Jika anda menyusukan bayi anda secara eksklusif selama enam bulan yang pertama, dalam jangka masa setahun hidupnya bayi anda kurang berkemungkinan terkena jangkitan, dan sembuh lebih cepat jika sakit. Oleh itu, anda mungkin mahu berfikir panjang jika hendak menghentikan penyusuan badan atau menggabungkannya dengan susu formula.

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat masalah nafas berdehit dalam zaman awal kanak-kanaknya dan ekzema yang teruk. Malah ia juga membantu mengelakkan bayi mendapat penyakit serius seperti leukimia, serta membantu bayi membesar dengan berat badan yang sihat. Ini seterusnya membantu anak mengelakkan penyakit berkaitan berat badan seperti kencing manis jenis ke-2 apabila dia lebih besar. 
  
Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu perkembangan otak bayi. 

Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia membantu anda mengurangkan berat badan dan mengekalkannya di kemudian hari. Ia mengurangkan risiko anda mendapat kencing manis jenis ke-2, kanser payudara pra-menopaus dan kanser ovari. Untuk satu jangka masa, penyuan badan juga menghentikan sementara ovulasi, maka anda bebas daripada haid untuk tempoh tertentu.

Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. 

Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda! 

Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  

Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  



Read more...

Sunday 7 May 2017


Bolehkan menyusukan anak ketika ibu demam?



Susu ibu merupakan diet yang terbaik untuk seorang bayi yang baru dilahirkan. Susu ibu membawa manfaat kepada kedua-dua ibu dan anaknya. Ia mengandungi nutrisi yang lengkap dan merupakan antibodi semulajadi untuk bayi. Akan tetapi, adakalanya si ibu perlu mengambil ubat untuk keadaan-keadaan tertentu. Ini membawa kebimbangan kepada ibu kerana ubat yang diambilnya dikhuatiri membawa kesan kepada bayi melalui susu .
Ramai ibu dinasihati untuk berhenti menyusukan susu ibu atau mengelak pengambilan ubat kerana bimbang ubat tersebut akan membawa kesan sampingan kepada bayi. Nasihat seperti ini selalunya bukan berdasarkan bukti bahawa ubat tersebut adalah merbahaya tetapi ia lebih kepada faktor tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai ubat tersebut; atau maklumat yang ada hanya terhad kepada ujian terhadap haiwan sahaja. Memang benar, kebanyakan ubat secara umumnya akan memasuki susu tetapi dalam kandungan yang sangat sedikit (kurang daripada 1%). Kehadiran ubat dalam susu tidak bermaksud akan membawa apa-apa kesan kepada bayi ataupun sebaliknya.
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan bagi menentukan sama ada penyusuan susu ibu dikala mengambil ubat adalah selamat bagi bayi. Pertama sekali adalah sifat kimia dan farmakologi ubat tersebut seperti saiz molekulnya, tahap kelarutan dalam lemak, tahap penyerapan ke dalam badan dan sebagainya. Sifat-sifat ini akan mempengaruhi tahap kandungan ubat dalam badan bayi. Profil kesan advers ubat tersebut juga merupakan salah satu faktor yang penting kerana alahan kepada ubat tidak bergantung kepada tahap kandungan ubat. Bukan itu sahaja, kandungan ubat yang sama juga memberikan kesan yang berbeza terhadap bayi yang lahir cukup umur atau dilahirkan pra-matang. Ubat yang diambil untuk jangkamasa yang panjang atau pendek juga perlu diambil kira.

Bolehkah ibu terus menyusukan susu ibu jika mengambil ubat?
Oleh sebab faktor-faktor di atas, jawapannya bergantung kepada jenis ubat yang diambil. Bagi kebanyakan ubat, jawapannya adalah ya. Ibu boleh terus menyusukan anak walaupun sedang mengambil ubat. Hanya segelintir ubat sahaja yang langsung tidak boleh diambil semasa menyusukan susu ibu (kontraindikasi). Contoh ubat tersebut adalah ubat-ubat sitotoksik, ubat radioaktif, dadah rekreasi dan ubat yang menghentikan laktasi.

Bagaimana untuk mengurangkan kandungan ubat dan kesan kepada anak tersayang?
Secara umumnya, langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pemindahan ubat kepada bayi termasuk:
  • Menggunakan ubat yang mempunyai tahap penyerapan ke dalam darah yang rendah seperti memakai ubat semburan hidung untuk rawatan hidung tersumbat.
  • Dos efektif yang paling rendah
  • Menyusu semasa kandungan ubat dalam susu adalah paling minima seperti mengambil ubat sejurus selepas menyusukan bayi, atau sebelum masa tidur bayi yang paling lama.
  • Memerah dan membuang susu sepanjang rawatan jikalau rawatan ubat hanya untuk jangkamasa yang pendek. Ibu boleh memberi bekalan susu simpanan (jika ada) dalam jangkamasa rawatan.

Apakah ubat-ubat lazim yang selamat untuk diambil?
Secara lazimnya, jikalau ubat tersebut mempunyai formulasi untuk kanak-kanak, ubat itu dikira selamat untuk diambil semasa menyusukan anak. Ubat-ubat lain adalah seperti:
  • Ubat tahan sakit/demam: paracetamol adalah ubat tahan sakit/demam yang paling selamat digunakan. Ibuprofen juga boleh digunakan jika paracetamol tidak sesuai. Aspirin dos tinggi adalah tidak digalakkan kerana mempunyai risiko untuk bayi mendapat Reye’s syndrome. Sekiranya dos rendah aspirin diambil untuk tujuan antiplatelet (75-150mg), elakkan menyusu anak (direct latch) 1-2 jam selepas mengambil aspirin.
  • Ubat batuk dan selsema: antihistamin yang disyorkan adalah jenis yang tidak mengantuk iaitu loratadine. Jika perlu mengambil chlorpheniramine atau diphenhydramine (antihistamin jenis mengantuk), satu dos sebelum tidur mungkin memadai dan boleh meminimakan kesan ubat terhadap bayi. Kombinasi antihistamin dengan pseudoephedrine adalah tidak digalakkan kerana boleh mengganggu bekalan susu.
  • Antibiotik: Secara umumnya, antibiotik mempunyai potensi untuk mengubah kandungan flora dalam usus bayi dan mungkin boleh menyebabkan cirit-birit dan jangkitan kulat. Antibiotik dalam kumpulan penicillin, cephalosporin dan macrolide adalah dianggap selamat untuk ibu menyusu dan bayi. Jikalau ibu mempunyai bekalan susu yang banyak, ibu boleh memberikan anak bekalan susu simpanan tersebut sepanjang rawatan antibiotik.

Akhir kata, sekiranya ibu tidak sihat dan memerlukan rawatan, adalah wajar untuk memberitahu doktor bahawa ibu masih menyusukan anak supaya doktor boleh memberikan ubat yang paling sesuai. Sekiranya ingin mendapat maklumat daripada internet, pastikan maklumat di laman sesawang adalah daripada sumber yang sah. Bukan semua maklumat yang didapati daripada internet boleh dipercayai. Jika ragu tentang kesan ubat, boleh berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi untuk memahami dengan lebih mendalam setiap ubat yang diambil.

                                            Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya. 

Read more...

Monday 1 May 2017

GEMBIRA MENGANDUNG TETAPI......


ANDA KELIRU DENGAN PERASAAN SENDIRI??


Anda telah membuat ujian kehamilan, dan berkongsi berita gembira ini dengan semua orang. Semua orang kata, "Tahniah! Awak pasti sangat gembira!" Ya, anda gembira yang kini anda hamil, tetapi pada masa yang sama, anda tidak begitu teruja. Malah, kadang-kala anda rasa tidak gembira.

Lebih teruk lagi, anda rasa bersalah kerana tidak gembira dan seterusnya menjadi murung. Adakah anda seorang sahaja yang mempunyai perasaan sebegini? Jawapannya tidak. Kira-kira satu dalam 10 wanita mengalaminya semasa hamil.



Bagaimana saya boleh tahu saya mengalami kemurungan?

Tiada simptom-simptom khusus yang menunjukkan anda mengalami kemurungan kerana ia berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Walau bagaimanapun jika anda mengalami salah satu daripada simptom-simptom berikut dalam beberapa minggu kebelakangan ini, ini mungkin tanda anda mengalami kemurungan:


  • perasaan sedih, keliru dan putus harapan
  • tidak dapat menumpukan perhatian;
  • sentiasa bimbang;
  • rasa sangat jengkel;
  • masalah tidur;
  • keletihan yang teruk atau berpanjangan;
  • keinginan untuk makan setiap masa atau tiada selera makan langsung;
  • perasaan bahawa tiada apa yang menggembirakan atau menyeronokkan;
  • terfikir untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri.


Sesetengah simptom ini seperti keletihan dan perubahan dalam corak tidur dan makan juga adalah kesan sampingan kehamilan yang biasa.

Walau bagaimanapun, jika simptom-simptom anda berterusan selama berminggu-minggu atau bulan, dan mula mengganggu kehidupan seharian anda, anda mungkin mengalami kemurungan. Contohnya, jika anda mengalami kesukaran di tempat kerja kerana anda tidak boleh menumpukan perhatian, atau anda rasa sukar menyelesaikan apa-apa tugas di rumah.

Jangan tunggu sehingga anda sampai ke tahap ini sebelum mendapatkan bantuan. Jika anda mempunyai sebarang masalah dalam menangani emosi anda, adalah penting untuk berbincang dengan doktor anda secepat mungkin.



Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  

Read more...

Sunday 30 April 2017

SHAKLEE NEW STARTER KIT YANG LEBIH KOMPREHENSIF, INFORMATIVE, SMART & YANG PENTING......




Assalammualaikum..


New Design , New Style..Woww..!! sungguh teruja..




Bermula April 2017, setiap keahlian baru Shaklee akan terima Starter Kit yang baru, yang lebih moden, compact, informatif, komprehensif dan menarik. Ini adalah untuk memudahkan para pengedar menaja ahli baru dan lari daripada tipikal aktiviti direct selling . Shaklee sentiasa berusaha untuk membantu para pengedar dalam urusan bisnes. Alhamdulillah !.

Starter Kit ini telah pun mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).



Shaklee New Starter Kit terdiri daripada:
Mini product Guide
Shaklee Difference
Product Guide
Business Guide






Macam mana nak jadi ahli Shaklee??


Untuk menjadi ahli Shaklee ada dua cara:

1- Membuat pembelian sebanyak 200uv dan anda dapat menjadi ahli Shaklee secara PERCUMA!! 

atau

2- Anda boleh membuat bayaran keahlian sebanyak RM79.50 sahaja.

Mudah kan nak jadi ahli..


Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi Rin untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh hubungi saya yea..


Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  

Read more...

Wednesday 12 April 2017

SET HAMIL SHAKLEE BUAT BABY JADI BESAR..!!







Sering kali kedengaran dari netizen2 yang mengatakan jika amik supplement semasa hamil, bayi yang di kandung akan bertambah besar.. Betulkah apa yang di war2kan oleh netizen2 ini???


Okaayyy..Jom kita siasat …


Pada dasarnya, terdapat beberapa faktor yang menentukan saiz baby dalam kandungan ibu, antaranya :

1.                 Genetik : jika ibu bapa atau keluarga mereka tergolongan dalam golongan yang berbadan besar, atau mempunyai frame badan yang besar, maka adalah tidak mustahil bayi juga akan mengikut keadaan tersebut

2.                 Pemakanan : Sepanjang kehamilan, adalah sangat penting ibu mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ditambah dengan pengambilan vitamin seperti yang disyorkan, mampu memberikan ibu sumber yang sukup seimbang untuk bayi. Namun, jika sepanjang kehamilan, ibu kerap mengambil makanan yang mengandungi banyak gula, potensi bayi membesar dengan cepat di dalam rahim adalah tinggi


3.                 Kenaikan berat badan ibu : berkaitan dengan pemakanan juga, sekiranya sepanjang kehamilan, berat ibu naik dengan sangat mendadak, ini juga boleh menjadi penyumbang kepada saiz bayi yang besar
Jadi, apakah nutrisi yang diperlukan oleh ibu yang mengandung yang dikira sebagai seimbang tanpa menjejaskan bayi? Sila lihat carta dibawah...



CARTA KEPERLUAN NUTRISI MENGIKUT RDA


 Bagaimana pula dengan kandungan nutrisi yang terdapat dalam vitamin yang terdapat dalam set mengandung Shaklee? Adakah ianya melebihi apa yang sepatutnya diambil oleh ibu yang mengandung? Mari kita lihat rumusan dibawah pula...




Secara dasarnya, nutrisi yang terdapat dalam set mengandung Shaklee adalah berpatutan seperti yang digariskan oleh RDA, jadi tidak timbul persoalan sama ada set mengandung Shaklee ini boleh menjadi penyebab bayi besar. Itu hanyalah sekadar mitos yang tidak patut dipercayai.

Oleh itu, kesimpulannya, ibu-ibu mengandung haruslah menjaga pemakanan mereka sepanjang tempoh kehamilan kerana itu sebenarnya yang menjadi punca kepada tahap kesihatan dan saiz bayi memandangkan bayi menyerap nutrisi daripada ibu. Berikan lah yang terbaik untuk si manja anda sejak mereka dalam kandungan lagi dengan membekalkan nutrisi yang terbaik yang mampu anda perolehi dari SET HAMIL SHAKLEE.

Di sini saya tinggalkan anda dengan satu testimonial dari seorang sahabat yg pada mulanya agak risau untuk mengambil sebarang suplemen tatkala disahkan hamil. Tetapi naluri keibuaan pastinya inginkan yg terbaik untuk baby di dalam kandungan bukan....Semoga sedikit sebanyak sharing pada hari ini dapat melegakan hati mama yg mungkin sebelum ini berbelah bahagi sama ada ingin mengambil supplement atau tidak. Jangan risau, supplement Shaklee yg dicadangkan untuk mama hamil semuanya adalah selamat baik utk mama mahupun baby..:) 





 Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  

Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  





Read more...

Tuesday 11 April 2017






Best Ke Amik SET HAMIL SHAKLEE nie???
Assalammualaikum..

Masih bercerita mengenai rahsia di sebalik set hamil shaklee..

Ramai yang tahu Vitamin Shaklee ni adalah vitamin semulajadi. Kalau dah semulajadi, ianya mudah diserap serta tiada kesan kimia berbahaya untuk jangka masa panjang kepada ibu dan bayi. Selain itu, penggunaan yang konsisten InshaAllah membantu untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang diamalkan oleh ibu yang sedang hamil. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pesanan Dr Hamid Arshad


"Ramai wanita yg salah anggap multivitamin saperti obimin atau lain jenama yg diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting utk kesihatan ibu dan utk bina darah utk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil2 kalsium utk bina tulang, folic utk keperluan semua sel2 baru utk janin dan fish oil sebagai sumber omega3 dan DHA utk sel2 otak bayi utk jadi anak pintar. Setelah bersalin TERUSKAN makan supplemen2 tersebut utk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta utk susu ibu yg bekualiti. Saya cadangkan pil2 tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita." 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Fungsi setiap satu supplement dalam Set Hamil Shaklee

  
Antara vitamin yang ada dalam set mengandung Shaklee ialah :

§      Vitalea : sejenis multivitamin dan mineral lengkap yang juga mengandungi zat besi. Kebaikan set mengandung Shaklee ialah membantu masalah bacaan HB rendah yang boleh membawa kepada anemia di kalangan ibu mengandung. Jika HB sentiasa rendah mungkin boleh menyebabkan komplikasi ketika melahirkan bayi. Ibu-ibu yang mudah letih serta rasa hendak pitam elok amalkan vitalea dua biji sehari. 

§  B Complex : mencegah penyakit deabetes ketika hamil. Berperanan untuk menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga. Juga mengandungi asid folik yang elok untuk perkembangan saraf bayi. Ibu-ibu hamil yang sentiasa tertekan dengan kerja rumah dan pejabat juga boleh ambil B Complex kerana ianya vitamin anti-stress.

§   Vitamin C : membantu menguatkan sistem immune badan.Ibu-ibu yang sedang hamil kena jaga kesihatan serta mencegah diri daripada dijangkiti penyakit. Kalau ibu hamil jatuh sakit, susah hendak mendapatkan ubat yang bersesuaian ketika hamil. Ianya juga membantu pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Vitamin C yang banyak juga menggalakkan pertumbuhan kolagen, membantu ibu hamil kekal cantik, mempunyai skin yang berseri serta tidak kusam semasa  mengandung.

§       Ostematrix : membantu mengatasi masalah sakit-sakit otot, pinggang serta sengal-sengal badan ketika hamil. Masalah buasir serta sembelit ketika hamil juga dapat diatasi dengan mengamalkan Ostematrix sebelum tidur. Ostematrix ini ialah bekalan kaslium dengan vitamin D yang membantu juga ibu-ibu untuk tidur lena dan berkualiti sepanjang malam supaya kekal segar keesokan harinya. Selain itu, jika mengalami msalah tekanan darah tinggi atau rendah, Ostematrix dapat membantu untuk mencegah masalah ini berulang.

§   ESP : membantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Ianya juga membantu mengawal paras kolesterol ibu-ibu hamil. Paras G.I yang rendah sesuai diamalkn oleh ibu hamil diabetes kerana memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta membekalkan tenaga berpanjangan untuk ibu-ibu.

§   Omega Guard  :penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi. Dengan amalkan Omega Guard setiap hari berat ibu hamil dapat dikawal. Kepada ibu-ibu yang menaglami peningkatan berat badan secara mendadak boleh cuba amalkan Omega Guard bermula dari trimester kedua bagi membantu mengawal berat badan.



Khusus kepada ibu-ibu yang mengandung di luar sana, ingin mendapatkan supplement tambahan semasa mengandung, boleh hubungi Rin melalui Whatsapp. Khas buat customer yang purchase melalui Rin, Rin akan consult dan guide cara mengamalkan set hamil dengan cara yang betul sepertimana yang Rin sendiri amalkan sepanjang tiga kali mengandung.. :)


Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  

Read more...

Monday 10 April 2017

Peranakan JATUH?? BAHAYA untuk Kaum Wanita..!!




Ramai wanita tidak sedar rahim mereka jatuh


Ramai yang tidak tahu bahawa rahim jatuh boleh menyebabkan sukar untuk hamil. Ramai juga wanita yang tidak menyedari rahim peranakan mereka jatuh. Wanita yang nak hamil perlu elak punca yang menyebabkan rahim jatuh. Tapi benarkah rahim jatuh akan menyebabkan kesukaran hamil? Nak tahu x?? Jom baca keterangan di bawah..


Tanpa kita sedari ada banyak aktiviti yang kita lakukan boleh menyebabkan rahim jatuh. Mari kita ambil tahu apakah punca rahim jatuh?

Punca rahim jatuh

Jatuh terhentak dengan kuat

Kemalangan yang kecil pun akan menyebabkan rahim jatuh jika punggung anda terhentak. Tidak kira dalam keadaan kuat atau perlahan.

Angkat benda yang berat

Mengangkat benda berat boleh menyebabkan peranakan kita jatuh. Oleh itu, elakkan mengangkat benda berat. Contoh benda berat? Alihkan meja, angkat beg baju, alihkan mesin basuh, dan sebagainya.

Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin

Jika ibu bersalin baru melahirkan atau keguguran, pastikan kita berpantang dengan betul bagi mengelakkan bentan, sakit-sakit badan & rahim jatuh. Set Berpantang Shaklee adalah teman terbaik untuk ibu bersalin semasa berpantang.

Tolak benda dengan kaki terutama sekali menggunakan ibu jari

Satu lagi punca peranakan jatuh yang ramai wanita tak tahu ialah menolak benda dengan hujung kaki iaitu ibu jari kaki. Awas! Jangan sesekali buat macam tu kalau sayangkan peranakan kita.


 Seks terlalu ganas

Jika wanita mempunyai masalah rahim lemah semasa mengandung, selepas bersalin atau disebabkan keguguran, seks yang terlalu ganas boleh menjadi punca rahim jatuh. Para suami kena faham keadaan isteri masing-masiing. Perlu pandai mainkan peranan dan jangan nak sedap sahaja.

Pergerakan yang lasak
Aktiviti lasak seperti menunggang kuda atau  menunggang jet ski boleh menjadi punca rahim jatuh. Atlit wanita memang terdedah gejala rahim jatuh.


Bagaimana nak tahu sama ada peranakan kita jatuh? 

Kita boleh lakukan pemeriksaan sendiri. Senang sahaja caranya.

1.     Baring lurus dan jangan gunakan bantal.
2.     Sapu minyak gamat / minyak serai /minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun especially di bawah pusat.
3.     Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
4.     Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
5.     Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
6.     Bernafas seperti biasa. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun.
7.     Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, sah peranakan kita dah jatuh

Rawatan Untuk Rahim Jatuh

v Kebiasaannya, mak bidan akan urut dan naikkan balik rahim kepada kedudukan asal.
v Selain itu boleh amalkan senaman kagel tu. Cara ini pon boleh membantu. 
v Tapi sebaiknya buat urutan sengkang rahim dulu dari mak bidan...
v Selepas itu boleh amalkan Set Menaikkan Rahim Shaklee




Energizing Soy Protein (ESP): 

Kaya dengan protein yang menjadi makanan asas kepada sel-sel dalam tubuh badan. Ia berfungsi menguatkan sel-sel otot rahim, bila sel dalam otot mendapat sumber protein yang berkualiti, maka rahim dapat berfungsi dengan baik dan menjadi lebih kuat. Kalau nak tau, ramai yang bagi feedback amalkan ESP mampu menyenyangkan perut. Sekaligus boleh diet tanpa perlu berlapar. Banyak lagi cerita menarik tentang ESP ni. 

Alfalfa Complex: 

Herba yang bertindak seperti kacip fatimah. Bantu merapatkan vagina dan mengatasi masalah keputihan yang banyak dan berbau. Di samping itu, alfalfa mampu membantu menyingirkan toksin dalam tubuh kita.


Set Menaikkan Rahim Shaklee ini terdiri daripada vitamin semulajadi yang selamat dan sesuai untuk semua wanita, termasuk ibu mengandung. In Shaa Allah dengan mengamalkan set ini secara konsisten akan dapat membantu menaikkan peranakan yang jatuh dan menguatkan rahim sekaligus mengelakkan  rahim kita jatuh lagi.



Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  


Read more...
 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews