Ads 468x60px

Thursday, 15 December 2016

Petua Tambah Susu Badan Semasa Berpantang Dengan 6 Jenis Makanan Unik




1) Kurma



Kurma- baik untuk menambah susu badan. Kurma memang dikenali juga sebagai salah satu milk booster yang hebat. Ini kerana ia mengandungi unsur kalsium dan zat besi yang tinggi. Macam-macam respi boleh dibuat, makan begitu sahaja adalah paling mudah! Jika mahu buat jus pun boleh. Anda juga boleh buat resepi kurma bersama susu. Campurkan 5 biji kurma yang dibuang bijinya, blend bersama-sama dengan susu segar. Sangat best!



2) Habbatusauda/Jintan hitam



Habbatus sauda juga makanan sebagai penggalak susu. Ia digunakan sejak berkurun lama. Ianya boleh direbus dan diminum airnya. Amalan ini boleh dilakukan seminggu 2,3 kali untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan. Selain dijadikan petua tambah susu badan, habbatussauda juga sering diguna pakai untuk membantu masalah kesihatan yang lain seperti menjadi antibbodi dan mencegah penyakit ringan yang lain.



3) Halba



Halba ini kalau perasan yang selalu ada dalam nasi dagang tu. Nasi dagang makanan orang timur. Atau biasa boleh didapati dari kedai mamak atau pasaraya-pasaraya. Ia juga bagus sebagai petua menambahkan susu badan. Caranya hanya cuci halba tersebut, rendamnya dalam segelas air panas dan airnya bolehlah diminum. Halba ini biasanya memberikan bau yang agak kuat, kemungkinan juga boleh berikan bau badan yang agak kuat pada pengamalnya.



4) Longan



Longan ini agak popular juga. Sebelum ini saya memang tidak kenal langsung “milkbooster” apa yang boleh diambil. Biasanya longan ini boleh didapati dari kedai ubat cina atau singseh kata orang. Ianya dalam bentuk kering dan bolehlah direbus dengan gula batu sedikit untuk memberikan rasa manis.Tidak semua orang serasi. Ada orang makan ni boleh dapat demam yang tinggi. Mungkin tengok pada kesesuaian orang, ada ibu yang serasi bolehlah mengambilnya.



5) Jantung pisang




Satu lagi resepi tradisional. Boleh dibuat kerabu atau dibuat masak lemak, ianya juga dikatakan memberikan kesan kepada pertambahan susu badan ibu. Sedap dimakan, susu juga bertambah..:)



6) Lobak putih



Biasanya dalam pantang selalu kita dihidangkan dengan sup lobak putih kan. Saya dulu semasa dalam tempoh berpantang, ada amalkan sup lobak putih, ringkas dan berkhasiat. Resepi ini adalah dari orang tua yang katanya boleh menambahkan susu badan.


Selain daripada 6 yang disenaraikan di atas, terdapat juga beberapa jenis makanan semula jadi yang sangat membantu untuk tambah susu badan. Antaranya ialah:


  • Sengkuang cina
  • Kobis
  • laici
  • Sawi
  • Kailan
  • Tenggiri
  • Bayam
  • Peria
  • Jantung Pisang
  • Soya
  • Carrot
  • Pucuk manis
  • Kucai dan tauhu
  • Kentang rebus
  • Ikan Tuna
  • Ikan Salmon
  • kacang buncis
  • Cheese
  • Roti


sayuran



Cheese and bread


Jenis Minuman


  • Air masak (sangat baik)
  • Susu
  • Soya
  • Nestum
  • Horlick
  • oat
  • Milk goat
  • Jus buah betik
  • Air kelapa
  • Spirulina
  • Rebusan buah pala
  • Honeydew
  • Rebusan air halba




Selain itu, ibu juga digalakkan rajin-rajinkanlah diri untuk ambil supplement tambahan seperti di link ini -->> Set MilkBooster Shaklee . Sebenarnya anda boleh dapatkan semua ini dari serat makanan yang tersenarai di atas, namun oleh sebab desakan masa mungkin agak sukar untuk anda mahu terjah semua ini bukan. Ibu juga boleh cuba dengan amalkan minuman penambah susu badan yang bagus.



Diharap petua tambah susu badan ini dapat berikan manfaat kepada anda. Sila share jika anda sukakannya.


Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:


MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  


0 comments:

Post a Comment

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews