Ads 468x60px

Sunday 23 October 2016

Jaundis vs Demam Kuning ?




Apakah perbezaan Jaundice dengan Demam Kuning:

Jaundice ini terhasil apabila bilirubin terlalu banyak dalam darah. Bilirubin yang berwarna kuning/oren ini terhasil apabila sel darah merah yang dah tua dipecahkan dan hendak disingkirkan dari badan. Hati adalah organ yang berperanan untuk memproses dan membuang bilirubin dari darah. Hati baby pula belum cukup matang untuk membuang bilirubin yang terlalu banyak. Maka terjadilah warna kuning pada kulit dan mata baby.

Demam kuning pula adalah demam yang disebabkan oleh sejenis virus yang dibawa oleh seekor nyamuk yang telah dijangkiti dengn virus ini. Demam ini boleh merosakkan fungsi hati dan boleh menyebabkan jaundice yang sangat teruk.

Tapi dalam masyarakat kita ni dah biasa kalau baby kena jaundice je terus cakap baby demam kuning. Tak kisahlah, asalkan kita tahu apa yang sebenarnya.

Apakah mitos tentang jaundice ni yang sering kita dengar:


  1. Jangan pakaikan anak baju kuning, nanti jaundice makin teruk.

  • Tiada bukti saintifik yang mengatakan warna pada baju akan mempengaruhi warna kulit baby.
      2. Jaundice ni menunjukkan baby tak sesuai dengan susu ibu, bagi susu formula je.


  • Seperti yang kita sedia maklum, susu ibu Allah ciptakan yang terbaik. Allah hantarkan baby kepada ibu beserta bekalan untuknya. “Human’s Milk For Human”

      3.  Photo therapy tu kita boleh buat sendiri di rumah. Pakai lampu biasa je.

  • Ia tidak benar sama sekali. Photo therapy membantu memecahkan bilirubin yang berlebihan dalam darah baby sehingga hati baby mampu untuk melakukannya sendiri, sedangkan lampu biasa di rumah tidak boleh melakukannya. Photo therapy berfungsi dengan menggunakan cahaya yang mempunyai gelombang yang tertentu dan mata baby kita akan ditutup untuk mengelakkannya terdedah kepada cahaya tersebut. Lampu biasa di rumah bukan menyembuhkan baby tapi ia boleh membuatkan baby kita demam atau kesejukan akibat terdedah kepada persekitaran yang sejuk.

  1.  Bagi baby makan anggur hitam, susu kambing dan sebagainya la untuk cepat sembuh. Bukan  banyak,2/3 titik je.


  • 2, 3 titik bagi bayi yang baru dilahirkan yang ususnya belum matang, yang hanya boleh minum susu ibu tu adalah sangat besar kesannya. Untuk mendapatkan khasiat ini, ibu boleh makan dan minum dan menyusukan baby. Khasiat yang sama akan diperolehi oleh baby.

Petua merawat baby jaundice:

♥ Ibu yang menyusu hendaklah minum susu kambing dan juga madu. Susu ibu yang mengandungi khasiat susu kambing dan madu ini dikatakan dapat merawat baby jaundice.
♥ Ibu menyusu perlu kurangkan pengambilan kunyit, lada hitam, halia, bawang putih, rempah-ratus, jamu-jamuan kerana bahan ini bersifat panas.
♥ Mandikan baby dengan air daun belimbing buluh sehingga jaundice hilang.
♥ Kenakan baby pada cahaya matahari pagi. Tapi jangan secara langsung, ozon kita dah menipis sekarang ni, dapat penyakit lain pula nanti. Memadai buka tingkap dan kenakan baby pada cahaya yang samar-samar itu antara pukul 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi.
♥ Perahkan sengkuang cina, ambil airnya dan ibu minum supaya khasiatnya dapat kepada anak
♥ Ambil beberapa batang pokok dukung anak, rebuskan. Mandikan baby dengan air rebusan ini apabila dah agak suam 2 kali sehari. Buat sehingga jaundice hilang.

Semua petua ini hanyalah usaha kita untuk memulihkan baby. Yang penting ibu jangan stress. Nanti susu merudum. Susu ibu memang sangat penting untuk baby kita pada waktu ini. Jaga kualiti dan kuantitinya. Dalam pantang ni emosi kena jaga betul-betul. Relax je. 

Pemilihan Set Berpantang yang betul juga dapat mengelakkan anak kita dari terkena jaundice. Janganlah beli Set Berpantang yang menjadi tukun di dapur, tak pakai sebab anak jaundice. Belila set pantang yang pd hari perrtama da boleh makan..Set ini sesuai untuk bayi jaundis bahkan membantu menurunkan jaundis..:)





Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin

  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  





Read more...

Thursday 13 October 2016

RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN





Masalah rambut bukan sekadar dialami oleh orang yang tua, tetapi juga turut dialami golongan muda, lebih-lebih lagi wanita berstatus ibu. Bagi wanita lepas bersalin masalah keguguran rambut kerap dialami. Berikut adalah punca  keguguran rambut selepas bersalin, antaranya:

Perubahan hormon

Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi.  Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan.  Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik.  Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.

Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut.

Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak.  Rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang.  Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.


Tekanan

Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir.  Lebih memburukkan keadaan apabila si ibu juga perlu bekerja.

Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membatasi masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.

Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk. Namun, dalam tempoh setahun itu sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness).  Masalah rambut ini adalah jenis kekal dan sukar untuk ditangani.


Berusia dan memiliki ramai anak

Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung lebih dari tiga kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda atau yang memiliki bilangan anak yang sedikit.  Masalah menjadi lebih rumit apabila ibu yang memiliki bilangan anak yang ramai serta tidak menjaga kebersihan rambut mereka akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.

Malah, semakin ibu berusia bermula pula masalah puncak kepala (crowning area) semakin menipis.  Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi.  Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya. Ia berlaku bukanlah disebabkan masalah hormon semata-mata tetapi juga disebabkan penjagaan rambut selepas bersalin yang tidak betul.


Pola pemakanan tidak sihat

Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius.  Seperti yang diketahui, kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin mengawal pemakanan agar dapat mengembalikan semula bentuk tubuh langsing seperti sebelum hamil.  Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka banyak kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh.

Berbanding lelaki, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat. Sebab itu, kulit kepala juga akan menjadi tua dengan lebih cepat berbanding lelaki.  Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong.  Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan terbenam.

Kalangan lelaki, mereka yang mengalami masalah rambut sekiranya tidak dirawat dalam tempoh 10 tahun sekalipun keadaan rambut mereka masih sama.  Bezanya wanita, tempoh dua hingga tiga tahun sudah cukup membuatkan wanita kelihatan ‘botak’ kerana liang-liang rambut cepat tertutup.  Liang-liang rambut yang tertutup dan terbenam tidak boleh dirawat atau diaktifkan lagi.


Faktor  usia

Semakin berusia, peluang untuk pertumbuhan rambut baru semakin rendah.  Ini disebabkan oleh kesemua sel-sel sudah menjadi semakin tua, malah penyerapan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan rambut sihat juga semakin lambat.

Disebabkan usia semakin lanjut, ada kalanya kita lupa tubuh badan juga memerlukan lebih banyak nutrisi.  Hal ini kerana, organ-organ di dalam badan juga turut ‘berusia’ seiring dengan pertambahan usia manusia.  Jadi, nutrisi yang masuk di dalam tubuh badan melalui makanan-makanan yang dimakan akan diserap dan diagihkan kepada organ-organ penting di dalam tubuh seperti hati, jantung, buah pinggan dan sebagainya.  Ia berfungsi untuk membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan baik.






Pastikan ibu-ibu makan banyak ikan yang kaya dengan minyak ikan ataupun paling mudah, ambil supplemen Omega 3-6-9 dari minyak ikan atau flaxseed.

Asid lemak perlu ni bukan setakat untuk kolesterol tapi dikatakan juga dapat menjadikan rambut lebih sihat dan berkilat (shiny).



Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin

  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  



Read more...

PANTANG LARANG ORANG TUA SEMASA MENGANDUNG








Memang dalam apa jua perkara kita tidak dpt lari dari petua mahupun pantang larang org tua. Adakalanya ia tidak logik dan tak masuk akal. Namun jika tidak diikut dan kemudiannya terjadi sesuatu perkara yg tidak baik kepada bayi, tentu mereka akan mula mengungkit. Berikut adalah beberapa pantang larang yg saya kumpulkan untuk panduan kita bersama.

a) Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama...
*dikhuatiri bayi akan gugur.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

c) Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

d) Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dlm kandungan.

e) Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat
mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.

f) Elakkan minuman bergas dan kafein.
* dikhuatiri kandungan mudah gugur.

g) Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (utk keringkan rambut)
* dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

h) Kurangkan mkn buah oren.
* dikhuatiri bayi dilahirkan byk kahak.

i) Elakkan membuat kerja2 menjahit.
* dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.

j) Apabila terlihat benda yg pelik, cepat2 beristighfar.
* dikhuatiri bayi akan mengenan.

k) Kurangkan mkn pisang.
* pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

l) Jangan memburu atau membunuh binatang. (bg suami dan isteri)
* dikhuatiri sukar utk bersalin.

m) Jangan mkn betik muda.
* getah yg ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.

Inilah antaranya... saya pasti diluar sana masih byk pantang larang yg diberikan oleh org tua mereka. Apa jua pantang yg kita dgr... Jgn terlalu taksub lak mengikutnya... takut lari Akidah pula nanti. Yg penting, setiap ibu yg mengandung, pastikan anda menjaga tingkah laku dan percakapan sepanjang kehamilan. Apa juga yg dilakukan oleh si ibu, mungkin diwarisi oleh anak yg dikandung.

Wallahua'lam.


Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin

  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  

Read more...

Tuesday 11 October 2016

Pemakanan yang sihat untuk ibu hamil.

Mengapa saya katakan omega guard adalah terbaik??




Omega-3 sangat penting untuk perkembangan saraf dan penglihatan bayi. Semasa dalam kandungan, janin akan memperolehi Omega-3 dari tubuh ibu untuk perkembangan sistem sarafnya. Dan selepas lahir, bayi akan mendapat nutrien Omega-3 dari ibu melalui susu ibu.

Sekiranya ibu kurang mengambil diet makanan yang mengandungi Omega-3, kandungannya di dalam tubuh ibu akan semakin berkurangan. Malah untuk setiap kehamilan berikutnya, ia akan semakin berkurangan.

Penyelidikan telah mengesahkan penambahan EPA dan DHA kepada diet wanita hamil memberi kesan berikut :

  1. meningkatkan perkembangan penglihatan dan kognitif bayi.
  2. mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.
  3. mencegah kelahiran pramatang ,
  4. mengurangkan risiko pre-eklampsia dan
  5. mengurangkan risiko bayi lahir kurang berat
  6. mengurangkan risiko ibu kemurungan (post-natal depression).



SUMBER OMEGA-3

Sumber terbaik EPA dan DHA ialah ikan air laut dalam seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Tapi ramai yang risau tentang keracunan merkuri atau toksin lain dalam ikan tu.

Atas sebab ini, supplemen minyak ikan/Omega yang adalah sumber paling selamat untuk mendapatkan EPA dan DHA. Suplemen minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang bereputasi memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tanpa risiko keracunan.

Begitu banyak khasiat Omega Guard Shaklee untuk ibu hamil, memang sangat berbaloi..lebih-lebih lagi jika anda yang mengimpikan anak yang bakal lahir nanti tinggi IQ nya..Untuk makluma ibu boleh mula mengambil omega ini sebaik sahaja kandungan memasuki trimester ke 2 dan yang paling special sebotol Omega Guard Shaklee ni tahan selama 3 bulan..Berbaloikan??


Setelah mengetahui kebaikan OMEGA GUARD SHAKLEE untuk ibu hamil, jangan abaikan yea..Ibu mana yang xnak anak bijak dan pintarkn...



Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin

  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  








Read more...

Sunday 9 October 2016

JANGAN MAKAN OMEGA GUARD SHAKLEE..!!!

Kali ini saya nak kongsikan apa sebab anda tidak boleh makan omega ??? Omega amat sesuai bagi yang ingin kuruskan badan..jika anda sebaliknya...hehehehehe...pon boleh amik cuma entry kali ini saya fokuskan bagi yang ingin bakar kalori dan lemak2 tepu...


3 Cara Minyak  Ikan Membakar Lemak

Okay..boleh dikatakan pelbagai cara minyak ikan membantu mencairkan lemak dalam badan. Antara sebabnya:-

1. Omega bantu bakar lemak melalui hormon leptin yg terkandung dlm asid lemaknya. Asid lemak bantu tingkatkn leptin dlm bdn.bila hormon leptin tinggi kita akan rasa kurang nk makan..dan leptin juga bntu .tingkatkn kadar metabolisme bdn.bila metabolisme badan tinggi, senanglah lemak-lemak dibakar.

2. Asid Lemak Omega 3 merupakan Anti-Lipogenic (anti penyimpanan lemak dalam badan) dan ianya dpt meningkatkan kadar metabolisme badan seterusnya dptla bakar lemak dgn cepat.

3. Kandungan asid lemak EPA dan DHA boleh menurunkan paras insulin. Jadi andainya ada ape ape kalori tambahan yang kita amik,ianya akan dibakar dan bukan disimpan sebagai lemak dalam badan.





Antara testimoni yang mengambil omega guard shaklee..









Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin

  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  




Read more...

Sunday 2 October 2016

Kenapa OMEGA ???



Assalammualaikum...Salam Sejahtera...

Dah lama saya tidak menulis di blog Nurin Supplement...ada yang rindu x.. hehehe...:p
Okaay akak2..abg2...bg anda yang ternanti2 offer oktober..tunggu yea...saya akan update untuk promo Oktober..

Bulan nie promosi Omega Guard Shaklee...apa benda Omega nie ek...Haaaa...!!! tunggu tau di next page...






Nie saya bagi sedikit dahulu  kelebihan Omega Guard Shaklee:-

1. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
2. Mencegah salur darah dari tersumbat
3. Mencegah pembekuan darah dalam badan
4. Mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Kekalkan tahap kesihatan tringliserida dan kolestrol LDL
10. Mengawal masalah obesiti
11. Mengurangkan risiko penyakit jantung
12. Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita


Jadi semoga kelebihan omega dapat membantu anda2 serba sedikit..



Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:


MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  





Read more...
 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews