Ads 468x60px

Thursday 15 October 2015

RaHSiA PaM SuSu Di TeMPat KeRJa..







  1. Perancangan awal – maklumkan kepada majikan sebelum kelahiran anak tentang rancangan untuk menyusukan anak. Dapatkan maklumat tentang polisi syarikat terhadap penyusuan di tempat kerja. Sekiranya syarikat tersebut tidak menyediakan tempat khas untuk mengepam susu ibu dan menyimpannya, anda mungkin perlu membuat persediaan bagi membolehkan perkara tersebut dilakukan. Cari tempat sesuai untuk mengepam dan menyimpan susu ibu tanpa gangguan.
  2. Sekiranya anda akan mengepam susu di pejabat, sediakan kad ‘jangan ganggu’ untuk diletakkan di pintu. Jika anda bekerja di cubicle di mana hampir tiada privasi, minta sebuah bilik yang membolehkan anda mengepam susu sendirian tanpa gangguan atau teruskan mengepam di meja anda. Saya pernah bertemu dengan ibu-ibu yang telah mengepam susu di meja kerja menggunakan kain litup sambil bertugas. Saya juga mengenali seorang pramugari yang mengepam susu ketika bekerja di atas kapal terbang!
  3. Beritahu rancangan anda kepada rakan sekerja. Mereka mungkin tertanya-tanya ke mana anda pergi beberapa kali sehari. Oleh itu, jelaskan tentang rancangan penyusuan anda dan jadikan mereka sebagai pasukan sokongan. Terangkan dan yakinkan mereka bahawa penyusuan tidak akan menjejaskan produktiviti di tempat kerja.
  4. Gunakan masa dengan bijak. Kerja-kerja ringan seperti membaca dan membalas email boleh dilakukan semasa mengepam susu. Sebagai doktor pasca ijazah, saya menggunakan masa mengepam sebagai sesi pembelajaran – masa untuk membaca jurnal-jurnal baru, menulis nota, atau latih tubi kertas peperiksaan tahun lalu.
  5. Makan dengan sihat dan banyakkan minum air. Ramai ibu yang kembali bekerja mengalami penurunan kadar susu yang dihasilkan. Dinasihatkan untuk ibu-ibu memastikan badan terhidrat dengan meminum banyak air dan makan dengan sihat. Elakkan kafein dan alkohol.
  6. Pastikan jangkaan anda realistik. Tidak semua ibu mampu menghasilkan 5-6oz susu ibu pada hari pertama kembali bekerja. Stres boleh memberi kesan kepada kadar penghasilan susu ibu. Oleh itu, amalkan pemikiran positif. Meneruskan penyusuan anak selepas kembali bekerja merupakan pencapaian yang sangat baik. Jangan letakkan jangkaan yang terlalu tinggi untuk penghasilan susu ibu. Tugasnya tidak mudah, tetapi setiap sesi mengepam atau penyusuan akan membuat anda lebih cekap melakukannya.
  7. Buat kumpulan sokongan – saya pernah mempunyai kumpulan Whatsapp yang terdiri daripada rakan-rakan yang turut menyusukan anak mereka, sedang hamil, atau pernah menyusu. Sokongan saling diberikan dengan memberi tip dan galakkan dengan berkongsi pengalaman. Pastinya di tempat kerja anda terdapat wanita lain yang pernah menjalani pengalaman yang sama. Sekiranya tidak mengenali sesiapa, layari forum di internet dan kumpulan sosial media untuk berhubung dengan ibu-ibu susuan lain. Ketahuilah bahawa anda tidak berseorangan.

Sama ada mereka memutuskan untuk menyusukan anak mereka sepenuhnya, sebahagian formula atau menyusukan hanya ketika dalam pantang – semua ibu wajar diberi sokongan sepanjang tempoh penyusuan. Cuti bersalin yang lebih panjang, polisi mesra penyusuan, dan peruntukan di tempat kerja tentunya akan menggalakkan ibu-ibu di Malaysia untuk menjayakan penyusuan anak dengan lebih lama. Saya berharap perkara ini boleh dicapai dengan sokongan orang ramai dan kesedaran yang lebih tinggi dalam masyarakat.




Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:


MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  





0 comments:

Post a Comment

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews