Ads 468x60px

Friday 23 October 2015

6 Perkara Asas Dalam Menyusukan Bayi anda Wajib Tahu...!!




Bercerita pasal menyusukan bayi, saya yakin ramai ibu-ibu di luar sana yang teruja untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Mana taknya, susu ibulah makanan terbaik untuk bayi tak terbanding dengan formula milk yang paling mahal sekalipun.

Sebelum menjalankan misi penyusuan, ibu-ibu seharusnya memahami terlebih dahulu konsep penyusuan yang betul. Ini untuk memastikan impian menyusukan anak tidak terkandas begitu sahaja. Fakta laktasi ada menyatakan hanya 1% sahaja ibu yang benar-benar tidak dapat menyusu, selebihnya adalah kerana kurang memahami konsep penyusuan, putus asa dan masalah-masalah lain yang masih boleh diselesaikan.






6 perkara asas yang anda wajib tahu sebagai ibu menyusu:

  1. Demand vs supply, badan kite macam kilang kepada anak yang kita susukan. Makin banyak permintaan daripada bayi yang  menyusu makin banyak la badan kita akan hasilkan susu. Sebab tu teramatlah penting untuk kita kosongkan payudara sekerap mungkin. Sekurangnya pam atau menyusukan anak secara direct feeding setiap 2-3 jam.
  2. Banyakkan direct feeding, walau semahal mana pam yang anda beli tapi hisapan bayi adalah the best dalam merangsang susu untuk terus keluar. Selagi anda boleh direct feeding, teruskan direct feeding!
  3. Pilih lah pam susu yang sesuai, tidak menyakitkan dan selesa buat anda. Tidak perlu mahal. Sy galakkan untuk invest kepada pam jenis elektrik sebab ibu akan rasa kurang penat especially kalau ibu memang kerap mengepam.
  4. Minum air secukupnya.Recommended amount 2 hingga 3 liter sehari.
  5. Jangan abaikan pemakanan seimbang. Seeloknya ibu makan mengikut carta piramid makanan. Lebihkan pengambilan kalsium dan protein dalam diet harian. Sumber protein  drpd tumbuhan seperti soya adalah sangat baik kerana ianya bebas lemak dan proteinnya tidak mudah termusnah.
  6. Last yang ramai antara kita miss nak buat iaitu doa! Jangan putus asa dan berhenti berdoa agar diberikan kekuatan serta rezeki untuk terus menyusu badan.InsyaAllah niat yang baik akan diperkenan olehNYA. Ibu- ibu menyusu kena kuat, dan sokongan dari orang sekeliling especially suami amat penting. So wahai suami please sokong isteri masing- masing ya.

Itulah 6 perkara asas yang wajar anda buat terlebih dahulu. Power pumping atau milkbooster hebat takkan berkesan jika anda tak memahami dan mengamalkan 6 konsep di atas ni.

Till then, happy breastfeeding!



Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  



Read more...

Friday 16 October 2015

Susu badan mula sedikit..?? Cuba teknik power pumping...


Assalammualaikum..

Susu badan mula sedikit atau merudum?? Pelbagai kaedah telah dilakukan..tetapi hasilnya kurang memuaskan..stok mula sedikit..payudara asyik terasa kosong dan bayi sering menangis kerana tidak puas menyusu..Kenapa ini semua terjadi??

Ibu akan mula tertekan dengan situasi ini dan langkah yang terakhir dengan memberi susu formula sebagai jalan penyelesaiannya..:(

Wahai kaum ibu...janganla anda cepat berputus asa sebelum berjuang..Untuk mengatasi masalah ini, in shaa Allah boleh diatasi dengan Teknik Power Pumping..!!


APA ITU POWER PUMPING??


Teknik Power Pumping ialah satu teknik mengepam untuk menambahkan penghasilan susu ibu. Ianya menekankan konsep asas penyusuan iaitu “Demand and Supply” di mana teknik ini meniru cara bayi menyusu dengan kerap.

Secara asasnya, penghasilan susu ibu bertambah apabila permintaan meningkat.


Siapakah Yang Memerlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menambah atau meningkatkan penghasilan susu terutama apabila susu semakin kurang akibat perubahan hormon seperti telah mengikat peranakan, sedang haid, bayi kurang menyusu dan ibu yang kurang megepam kerana terlalu sibuk di tempat kerja.

2. Power pumping juga dilakukan oleh ibu yang ingin “relaktasi” iaitu menyusukan semula anak setelah berhenti seketika atas sebab tertentu.

3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat kerana teknik ini dapat merangsang pengahasilan susu, di samping menggunakan pam khas dan mengambil pil hormon.

Bagaimana Menjalankan Teknik Power Pumping Ini?

Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian sebelah kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit dan ulang selama sejam.



Double pump – pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, kemudian rehat 10 minit. Sambung lagi pam 10 minit, kemudian rehat 10 minit dan ulang lagi selama sejam.

Sebaiknya anda melakukan teknik ni sekali sehari, dan waktu yang paling sesuai ialah pada waktu tengah malam atau pada waktu subuh antara jam 12 malam hingga 7 pagi kerana pada waktu itu hormon susu sangat tinggi. Anda akan dapat lihat hasilnya di mana payudara anda mula berasa berat! 

Namun begitu, ada juga ibu yang mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan hasilnya. Teruskan melakukan teknik ini setiap hari di samping mood ibu juga mestilah dalam keadaan tenang dan janganlah tergesa-gesa.

Sekiranya pada awal sesi power pumping ini susu tidak keluar langsung atau hanya keluar beberapa titik sahaja, itu adalah normal.

YAKINlah bahawa badan anda sedang dalam proses untuk menghasilkan susu. Beri sedikit masa kepada badan anda untuk menghasilkannya.

Di samping itu, ibu boleh amalkan Surah A-Baqarah ayat 60 dan Surah Al Hujrat dan niatkan supaya mendapat susu yang CUKUP untuk bayi anda.

Selain itu, amalan berselawat dan berzikir “Ya Matiin” semasa menyusu dan mengempam juga dapat membantu penghasilan susu.

Teknik Power Pumping ini biasanya berhasil dalam tempoh seminggu hingga sebulan.

Kepada ibu yang kekangan masa utk mengepam sewaktu bekerja, disarankan juga melakukan teknik Power Pumping ini pada sebelah malamnya bagi mengelakkan susu daripada merundum akibat kurang mengempam itu.


Selamat menuaiii!!
Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:


MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  

 



Read more...

Thursday 15 October 2015

RaHSiA PaM SuSu Di TeMPat KeRJa..







  1. Perancangan awal – maklumkan kepada majikan sebelum kelahiran anak tentang rancangan untuk menyusukan anak. Dapatkan maklumat tentang polisi syarikat terhadap penyusuan di tempat kerja. Sekiranya syarikat tersebut tidak menyediakan tempat khas untuk mengepam susu ibu dan menyimpannya, anda mungkin perlu membuat persediaan bagi membolehkan perkara tersebut dilakukan. Cari tempat sesuai untuk mengepam dan menyimpan susu ibu tanpa gangguan.
  2. Sekiranya anda akan mengepam susu di pejabat, sediakan kad ‘jangan ganggu’ untuk diletakkan di pintu. Jika anda bekerja di cubicle di mana hampir tiada privasi, minta sebuah bilik yang membolehkan anda mengepam susu sendirian tanpa gangguan atau teruskan mengepam di meja anda. Saya pernah bertemu dengan ibu-ibu yang telah mengepam susu di meja kerja menggunakan kain litup sambil bertugas. Saya juga mengenali seorang pramugari yang mengepam susu ketika bekerja di atas kapal terbang!
  3. Beritahu rancangan anda kepada rakan sekerja. Mereka mungkin tertanya-tanya ke mana anda pergi beberapa kali sehari. Oleh itu, jelaskan tentang rancangan penyusuan anda dan jadikan mereka sebagai pasukan sokongan. Terangkan dan yakinkan mereka bahawa penyusuan tidak akan menjejaskan produktiviti di tempat kerja.
  4. Gunakan masa dengan bijak. Kerja-kerja ringan seperti membaca dan membalas email boleh dilakukan semasa mengepam susu. Sebagai doktor pasca ijazah, saya menggunakan masa mengepam sebagai sesi pembelajaran – masa untuk membaca jurnal-jurnal baru, menulis nota, atau latih tubi kertas peperiksaan tahun lalu.
  5. Makan dengan sihat dan banyakkan minum air. Ramai ibu yang kembali bekerja mengalami penurunan kadar susu yang dihasilkan. Dinasihatkan untuk ibu-ibu memastikan badan terhidrat dengan meminum banyak air dan makan dengan sihat. Elakkan kafein dan alkohol.
  6. Pastikan jangkaan anda realistik. Tidak semua ibu mampu menghasilkan 5-6oz susu ibu pada hari pertama kembali bekerja. Stres boleh memberi kesan kepada kadar penghasilan susu ibu. Oleh itu, amalkan pemikiran positif. Meneruskan penyusuan anak selepas kembali bekerja merupakan pencapaian yang sangat baik. Jangan letakkan jangkaan yang terlalu tinggi untuk penghasilan susu ibu. Tugasnya tidak mudah, tetapi setiap sesi mengepam atau penyusuan akan membuat anda lebih cekap melakukannya.
  7. Buat kumpulan sokongan – saya pernah mempunyai kumpulan Whatsapp yang terdiri daripada rakan-rakan yang turut menyusukan anak mereka, sedang hamil, atau pernah menyusu. Sokongan saling diberikan dengan memberi tip dan galakkan dengan berkongsi pengalaman. Pastinya di tempat kerja anda terdapat wanita lain yang pernah menjalani pengalaman yang sama. Sekiranya tidak mengenali sesiapa, layari forum di internet dan kumpulan sosial media untuk berhubung dengan ibu-ibu susuan lain. Ketahuilah bahawa anda tidak berseorangan.

Sama ada mereka memutuskan untuk menyusukan anak mereka sepenuhnya, sebahagian formula atau menyusukan hanya ketika dalam pantang – semua ibu wajar diberi sokongan sepanjang tempoh penyusuan. Cuti bersalin yang lebih panjang, polisi mesra penyusuan, dan peruntukan di tempat kerja tentunya akan menggalakkan ibu-ibu di Malaysia untuk menjayakan penyusuan anak dengan lebih lama. Saya berharap perkara ini boleh dicapai dengan sokongan orang ramai dan kesedaran yang lebih tinggi dalam masyarakat.




Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:


MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  





Read more...

Tuesday 13 October 2015

PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSLUSIF


Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud,  bayi  hanya diberi susu ibu dalam masa 6 bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi  berumur 6 bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

      Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan  dicapai, WHO (World Health Organization)  dan UNICEF (The United Nations Children’s Fund) menyarankan perkara-perkara yang berikut :

  1. Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa 1 jam pertama selepas kelahiran bayi.
  2. Penyusuan eksklusif iaitu bayi hanya diberi susu ibu tanpa sebarang makan atau minuman   walaupun air masak.
  3. Menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung kepada   permintaan bayi.
  4. Tiada penggunaan botol atau puting tiruan diperkenalkan kepada bayi dalam tempoh tersebut.
  5. Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut


Ketinggian nilai khasiat susu ibu  
                                             
      Setiap makhluk tuhan yang bergelar mamalia dikurniakan susu untuk membesarkan bayi masing-masing, mengikut keperluan perkembangannya. Gajah, kucing, lembu, kuda dan binatang lain menghasilkan susu yang sesuai untuk keperluan bayi mereka yang perlu berjalan sejurus selepas dilahirkan.  Oleh itu,susu mereka mengandungi kandungan mineral yang tinggi untuk pertumbuhan tulang yang kuat. Kandungan protein, lemak, karbohidrat, mineral dan air adalah unik  bagi setiap mamalia.

    Manakala susu ibu pula bersesuaian untuk bayi  yang memerlukan perkembangan otak yang optima. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang panjang  sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Kandungan susu ibu tidak akan dapat  ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.

     Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi  masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi,  dan juga pembentukan peribadi seorang anak.  Ini bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti di Amerika Syarikat yang menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu memberikan faedah yang banyak kepada ibu dan bayi sama ada dari segi fizikal mahupun psikologi. Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga, kerajaan dan masyarakat untuk menjimatkan wang.   
                                                                                                                                                                    Susu Ibu melindungi bayi

Setiap bayi yang dilahirkan ke dunia ini  tidak berupaya melindungi dirinya daripada sebarang penyakit. Sistem pertahanan bayi yang masih belum matang tidak mampu untuk melawan penyakit . Susu ibu mengandungi beberapa faktor anti infeksi (melawan jangkitan)  yang akan membantu menghindarkan bayi daripada pelbagai jenis jangkitan kuman, antaranya termasuklah yang berikut:


  • Laktoferin yang akan bergabung dengan zat besi (iron)  untuk  mencegah perebakan bakteria usus.
  • Immunoglobulin (IgA) dan sel darah putih  yang bertindak melawan kuman dalam badan.     Kandungannya tinggi di dalam kolostrum.  Kolostrum merupakan vaksin pertama yang perlu diberikan kepada bayi untuk melawan bakteria dan virus. 
  • Protein, vitamin A dan E yang berfungsi melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan penyakit mata.
  • ‘Bile salt stimulated lipase’ yang berfungsi melindungi bayi daripada jangkitan ameba
  • Faktor bifidus yang berfungsi untuk membantu bakteria khas iaitu lactobaccilus  untuk membiak di dalam usus bayi. Dengan adanya bakteria baik ini, bakteria tidak baik (patogenik) akan dihapuskan dan hal  ini dapat menghindarkan bayi daripada mendapat penyakit. 
  • Limfosit-limfosit dan makrofaj yang membantu melawan kuman yang masuk ke dalam badan bayi
  • Agen anti keradangan yang melindungi bayi daripada mendapat kesan keradangan yang teruk.
  • Antibodi ibu boleh diberi kepada bayi  melalui penyusuan susu ibu. Kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit, Amerika Syarikat mendapati, bayi yang menyusu dengan susu ibu akan menerima antibodi daripada ibunya yang akan melindungi bayi daripada jangkitan kuman.
  • Faktor pembesaran. Selenium, karotenoid asli dan nukleotida boleh membantu perkembangan dan kematangan sistem imun bayi. Kematangan sistem imun penting supaya badan bayi  berupaya untuk melawan penyakit yang menjangkitinya.



  Selain melindungi daripada jangkitan kuman, penyusuan susu ibu secara eksklusif, boleh mengurangkan risiko penyakit alahan seperti lelah (asma)  dan ekzema. Risiko penyakit kencing manis semasa remaja dan kegemukan juga akan berkurangan pada bayi yang diberi susu ibu. Selain itu bahan laktosa yang terdapat dalam susu ibu boleh membantu mencegah penyakit riket, iaitu dengan meningkatkan penyerapan kalsium dan merangsang perkembangan otak bayi.

   Bayi yang menghisap susu ibunya jarang mengalami  gejala seperti cirit birit, jangkitan salur usus dan jangkitan salur pernafasan berbanding dengan bayi yang diberi susu formula. Kajian yang dijalankan oleh Pusat Pencegahan Malnutrisi Kanak-Kanak di Brazil, menunjukkan penyusuan susu ibu dapat mengelakkan kematian dan kemudaratan akibat cirit-birit pada bayi. Bayi yang tidak diberi susu ibu mempunyai 25 kali ganda risiko kematian akibat cirit-birit berbanding bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif.




Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
Read more...

Thursday 8 October 2015

Cara bangunkan bayi newborn untuk menyusu..!!


Tidur Ketika Menyusu  


Si comel yang baru lahir asyik tidur sahaja. Bagaimana hendak  menyusu kalau asyik tidur sahaja? Tidur memang tabiat  semula  jadi  bayi baru lahir. Namun, jangan biarkan bayi anda tertidur  ketika  menyusu, ia  untuk mengelakkan kekurangan susu ibu yang dihasilkan.
Bayi memang memerlukan penyesuaian dengan dunia barunya, ini membuatkan kadang kala dia lebih memerlukan tidur berbanding  menyusu.
Sehingga usianya satu bulan, bayi menghabiskan masa 16.5 jam  sehari  untuk tidur. Si manja masih belum dapat membezakan antara waktu  siang dan malam kerana pola tidurnya belum teratur.
Sepanjang masa eksklusif penyusuan susu ibu, bayi menyusu antara  lapan hingga 12 kali sehari. Dia menyusu selama 10 hingga 30  minit  dengan jarak waktu antara dua hingga tiga jam sekali.
Sekiranya bayi anda terus mengantuk ketika menyusu atau dia  tidur  lebih tiga jam tidak bangun lagi, anda perlu mengejutkan bayi  untuk  menyusu. Jangan dibiarkan dia terus lena tidur!





Tip kejutkan bayi baru lahir bangun menyusu

*Geletek kaki atau telapak tangannya agar dia terjaga waktu  menyusu.
*Buka baju ibu dan bayi dari bahu ke pinggang dan letakkan bayi  diatas badan anda, antara perut dan payu dara. Suhu tubuh ibu
 akan membuatkan bayi terasa hangat sehingga dia terjaga dari  tidur.
*Geletek bibirnya dengan puting susu anda yang telah dibasahi  air  susu untuk menstimulasi dia membuka mulut.
*Dukung bayi dengan kedudukan tegak dan agah bayi dengan  berborak  dengannya.



Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
Read more...
 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews