Ads 468x60px

Friday 23 October 2015

6 Perkara Asas Dalam Menyusukan Bayi anda Wajib Tahu...!!




Bercerita pasal menyusukan bayi, saya yakin ramai ibu-ibu di luar sana yang teruja untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Mana taknya, susu ibulah makanan terbaik untuk bayi tak terbanding dengan formula milk yang paling mahal sekalipun.

Sebelum menjalankan misi penyusuan, ibu-ibu seharusnya memahami terlebih dahulu konsep penyusuan yang betul. Ini untuk memastikan impian menyusukan anak tidak terkandas begitu sahaja. Fakta laktasi ada menyatakan hanya 1% sahaja ibu yang benar-benar tidak dapat menyusu, selebihnya adalah kerana kurang memahami konsep penyusuan, putus asa dan masalah-masalah lain yang masih boleh diselesaikan.






6 perkara asas yang anda wajib tahu sebagai ibu menyusu:

  1. Demand vs supply, badan kite macam kilang kepada anak yang kita susukan. Makin banyak permintaan daripada bayi yang  menyusu makin banyak la badan kita akan hasilkan susu. Sebab tu teramatlah penting untuk kita kosongkan payudara sekerap mungkin. Sekurangnya pam atau menyusukan anak secara direct feeding setiap 2-3 jam.
  2. Banyakkan direct feeding, walau semahal mana pam yang anda beli tapi hisapan bayi adalah the best dalam merangsang susu untuk terus keluar. Selagi anda boleh direct feeding, teruskan direct feeding!
  3. Pilih lah pam susu yang sesuai, tidak menyakitkan dan selesa buat anda. Tidak perlu mahal. Sy galakkan untuk invest kepada pam jenis elektrik sebab ibu akan rasa kurang penat especially kalau ibu memang kerap mengepam.
  4. Minum air secukupnya.Recommended amount 2 hingga 3 liter sehari.
  5. Jangan abaikan pemakanan seimbang. Seeloknya ibu makan mengikut carta piramid makanan. Lebihkan pengambilan kalsium dan protein dalam diet harian. Sumber protein  drpd tumbuhan seperti soya adalah sangat baik kerana ianya bebas lemak dan proteinnya tidak mudah termusnah.
  6. Last yang ramai antara kita miss nak buat iaitu doa! Jangan putus asa dan berhenti berdoa agar diberikan kekuatan serta rezeki untuk terus menyusu badan.InsyaAllah niat yang baik akan diperkenan olehNYA. Ibu- ibu menyusu kena kuat, dan sokongan dari orang sekeliling especially suami amat penting. So wahai suami please sokong isteri masing- masing ya.

Itulah 6 perkara asas yang wajar anda buat terlebih dahulu. Power pumping atau milkbooster hebat takkan berkesan jika anda tak memahami dan mengamalkan 6 konsep di atas ni.

Till then, happy breastfeeding!



Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  



Read more...

Friday 16 October 2015

Susu badan mula sedikit..?? Cuba teknik power pumping...


Assalammualaikum..

Susu badan mula sedikit atau merudum?? Pelbagai kaedah telah dilakukan..tetapi hasilnya kurang memuaskan..stok mula sedikit..payudara asyik terasa kosong dan bayi sering menangis kerana tidak puas menyusu..Kenapa ini semua terjadi??

Ibu akan mula tertekan dengan situasi ini dan langkah yang terakhir dengan memberi susu formula sebagai jalan penyelesaiannya..:(

Wahai kaum ibu...janganla anda cepat berputus asa sebelum berjuang..Untuk mengatasi masalah ini, in shaa Allah boleh diatasi dengan Teknik Power Pumping..!!


APA ITU POWER PUMPING??


Teknik Power Pumping ialah satu teknik mengepam untuk menambahkan penghasilan susu ibu. Ianya menekankan konsep asas penyusuan iaitu “Demand and Supply” di mana teknik ini meniru cara bayi menyusu dengan kerap.

Secara asasnya, penghasilan susu ibu bertambah apabila permintaan meningkat.


Siapakah Yang Memerlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menambah atau meningkatkan penghasilan susu terutama apabila susu semakin kurang akibat perubahan hormon seperti telah mengikat peranakan, sedang haid, bayi kurang menyusu dan ibu yang kurang megepam kerana terlalu sibuk di tempat kerja.

2. Power pumping juga dilakukan oleh ibu yang ingin “relaktasi” iaitu menyusukan semula anak setelah berhenti seketika atas sebab tertentu.

3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat kerana teknik ini dapat merangsang pengahasilan susu, di samping menggunakan pam khas dan mengambil pil hormon.

Bagaimana Menjalankan Teknik Power Pumping Ini?

Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian sebelah kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit dan ulang selama sejam.



Double pump – pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, kemudian rehat 10 minit. Sambung lagi pam 10 minit, kemudian rehat 10 minit dan ulang lagi selama sejam.

Sebaiknya anda melakukan teknik ni sekali sehari, dan waktu yang paling sesuai ialah pada waktu tengah malam atau pada waktu subuh antara jam 12 malam hingga 7 pagi kerana pada waktu itu hormon susu sangat tinggi. Anda akan dapat lihat hasilnya di mana payudara anda mula berasa berat! 

Namun begitu, ada juga ibu yang mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan hasilnya. Teruskan melakukan teknik ini setiap hari di samping mood ibu juga mestilah dalam keadaan tenang dan janganlah tergesa-gesa.

Sekiranya pada awal sesi power pumping ini susu tidak keluar langsung atau hanya keluar beberapa titik sahaja, itu adalah normal.

YAKINlah bahawa badan anda sedang dalam proses untuk menghasilkan susu. Beri sedikit masa kepada badan anda untuk menghasilkannya.

Di samping itu, ibu boleh amalkan Surah A-Baqarah ayat 60 dan Surah Al Hujrat dan niatkan supaya mendapat susu yang CUKUP untuk bayi anda.

Selain itu, amalan berselawat dan berzikir “Ya Matiin” semasa menyusu dan mengempam juga dapat membantu penghasilan susu.

Teknik Power Pumping ini biasanya berhasil dalam tempoh seminggu hingga sebulan.

Kepada ibu yang kekangan masa utk mengepam sewaktu bekerja, disarankan juga melakukan teknik Power Pumping ini pada sebelah malamnya bagi mengelakkan susu daripada merundum akibat kurang mengempam itu.


Selamat menuaiii!!
Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:


MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  

 



Read more...

Thursday 15 October 2015

RaHSiA PaM SuSu Di TeMPat KeRJa..







  1. Perancangan awal – maklumkan kepada majikan sebelum kelahiran anak tentang rancangan untuk menyusukan anak. Dapatkan maklumat tentang polisi syarikat terhadap penyusuan di tempat kerja. Sekiranya syarikat tersebut tidak menyediakan tempat khas untuk mengepam susu ibu dan menyimpannya, anda mungkin perlu membuat persediaan bagi membolehkan perkara tersebut dilakukan. Cari tempat sesuai untuk mengepam dan menyimpan susu ibu tanpa gangguan.
  2. Sekiranya anda akan mengepam susu di pejabat, sediakan kad ‘jangan ganggu’ untuk diletakkan di pintu. Jika anda bekerja di cubicle di mana hampir tiada privasi, minta sebuah bilik yang membolehkan anda mengepam susu sendirian tanpa gangguan atau teruskan mengepam di meja anda. Saya pernah bertemu dengan ibu-ibu yang telah mengepam susu di meja kerja menggunakan kain litup sambil bertugas. Saya juga mengenali seorang pramugari yang mengepam susu ketika bekerja di atas kapal terbang!
  3. Beritahu rancangan anda kepada rakan sekerja. Mereka mungkin tertanya-tanya ke mana anda pergi beberapa kali sehari. Oleh itu, jelaskan tentang rancangan penyusuan anda dan jadikan mereka sebagai pasukan sokongan. Terangkan dan yakinkan mereka bahawa penyusuan tidak akan menjejaskan produktiviti di tempat kerja.
  4. Gunakan masa dengan bijak. Kerja-kerja ringan seperti membaca dan membalas email boleh dilakukan semasa mengepam susu. Sebagai doktor pasca ijazah, saya menggunakan masa mengepam sebagai sesi pembelajaran – masa untuk membaca jurnal-jurnal baru, menulis nota, atau latih tubi kertas peperiksaan tahun lalu.
  5. Makan dengan sihat dan banyakkan minum air. Ramai ibu yang kembali bekerja mengalami penurunan kadar susu yang dihasilkan. Dinasihatkan untuk ibu-ibu memastikan badan terhidrat dengan meminum banyak air dan makan dengan sihat. Elakkan kafein dan alkohol.
  6. Pastikan jangkaan anda realistik. Tidak semua ibu mampu menghasilkan 5-6oz susu ibu pada hari pertama kembali bekerja. Stres boleh memberi kesan kepada kadar penghasilan susu ibu. Oleh itu, amalkan pemikiran positif. Meneruskan penyusuan anak selepas kembali bekerja merupakan pencapaian yang sangat baik. Jangan letakkan jangkaan yang terlalu tinggi untuk penghasilan susu ibu. Tugasnya tidak mudah, tetapi setiap sesi mengepam atau penyusuan akan membuat anda lebih cekap melakukannya.
  7. Buat kumpulan sokongan – saya pernah mempunyai kumpulan Whatsapp yang terdiri daripada rakan-rakan yang turut menyusukan anak mereka, sedang hamil, atau pernah menyusu. Sokongan saling diberikan dengan memberi tip dan galakkan dengan berkongsi pengalaman. Pastinya di tempat kerja anda terdapat wanita lain yang pernah menjalani pengalaman yang sama. Sekiranya tidak mengenali sesiapa, layari forum di internet dan kumpulan sosial media untuk berhubung dengan ibu-ibu susuan lain. Ketahuilah bahawa anda tidak berseorangan.

Sama ada mereka memutuskan untuk menyusukan anak mereka sepenuhnya, sebahagian formula atau menyusukan hanya ketika dalam pantang – semua ibu wajar diberi sokongan sepanjang tempoh penyusuan. Cuti bersalin yang lebih panjang, polisi mesra penyusuan, dan peruntukan di tempat kerja tentunya akan menggalakkan ibu-ibu di Malaysia untuk menjayakan penyusuan anak dengan lebih lama. Saya berharap perkara ini boleh dicapai dengan sokongan orang ramai dan kesedaran yang lebih tinggi dalam masyarakat.




Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:


MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  





Read more...

Tuesday 13 October 2015

PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSLUSIF


Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud,  bayi  hanya diberi susu ibu dalam masa 6 bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi  berumur 6 bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

      Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan  dicapai, WHO (World Health Organization)  dan UNICEF (The United Nations Children’s Fund) menyarankan perkara-perkara yang berikut :

  1. Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa 1 jam pertama selepas kelahiran bayi.
  2. Penyusuan eksklusif iaitu bayi hanya diberi susu ibu tanpa sebarang makan atau minuman   walaupun air masak.
  3. Menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung kepada   permintaan bayi.
  4. Tiada penggunaan botol atau puting tiruan diperkenalkan kepada bayi dalam tempoh tersebut.
  5. Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut


Ketinggian nilai khasiat susu ibu  
                                             
      Setiap makhluk tuhan yang bergelar mamalia dikurniakan susu untuk membesarkan bayi masing-masing, mengikut keperluan perkembangannya. Gajah, kucing, lembu, kuda dan binatang lain menghasilkan susu yang sesuai untuk keperluan bayi mereka yang perlu berjalan sejurus selepas dilahirkan.  Oleh itu,susu mereka mengandungi kandungan mineral yang tinggi untuk pertumbuhan tulang yang kuat. Kandungan protein, lemak, karbohidrat, mineral dan air adalah unik  bagi setiap mamalia.

    Manakala susu ibu pula bersesuaian untuk bayi  yang memerlukan perkembangan otak yang optima. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang panjang  sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Kandungan susu ibu tidak akan dapat  ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.

     Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi  masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi,  dan juga pembentukan peribadi seorang anak.  Ini bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti di Amerika Syarikat yang menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu memberikan faedah yang banyak kepada ibu dan bayi sama ada dari segi fizikal mahupun psikologi. Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga, kerajaan dan masyarakat untuk menjimatkan wang.   
                                                                                                                                                                    Susu Ibu melindungi bayi

Setiap bayi yang dilahirkan ke dunia ini  tidak berupaya melindungi dirinya daripada sebarang penyakit. Sistem pertahanan bayi yang masih belum matang tidak mampu untuk melawan penyakit . Susu ibu mengandungi beberapa faktor anti infeksi (melawan jangkitan)  yang akan membantu menghindarkan bayi daripada pelbagai jenis jangkitan kuman, antaranya termasuklah yang berikut:


  • Laktoferin yang akan bergabung dengan zat besi (iron)  untuk  mencegah perebakan bakteria usus.
  • Immunoglobulin (IgA) dan sel darah putih  yang bertindak melawan kuman dalam badan.     Kandungannya tinggi di dalam kolostrum.  Kolostrum merupakan vaksin pertama yang perlu diberikan kepada bayi untuk melawan bakteria dan virus. 
  • Protein, vitamin A dan E yang berfungsi melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan penyakit mata.
  • ‘Bile salt stimulated lipase’ yang berfungsi melindungi bayi daripada jangkitan ameba
  • Faktor bifidus yang berfungsi untuk membantu bakteria khas iaitu lactobaccilus  untuk membiak di dalam usus bayi. Dengan adanya bakteria baik ini, bakteria tidak baik (patogenik) akan dihapuskan dan hal  ini dapat menghindarkan bayi daripada mendapat penyakit. 
  • Limfosit-limfosit dan makrofaj yang membantu melawan kuman yang masuk ke dalam badan bayi
  • Agen anti keradangan yang melindungi bayi daripada mendapat kesan keradangan yang teruk.
  • Antibodi ibu boleh diberi kepada bayi  melalui penyusuan susu ibu. Kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit, Amerika Syarikat mendapati, bayi yang menyusu dengan susu ibu akan menerima antibodi daripada ibunya yang akan melindungi bayi daripada jangkitan kuman.
  • Faktor pembesaran. Selenium, karotenoid asli dan nukleotida boleh membantu perkembangan dan kematangan sistem imun bayi. Kematangan sistem imun penting supaya badan bayi  berupaya untuk melawan penyakit yang menjangkitinya.



  Selain melindungi daripada jangkitan kuman, penyusuan susu ibu secara eksklusif, boleh mengurangkan risiko penyakit alahan seperti lelah (asma)  dan ekzema. Risiko penyakit kencing manis semasa remaja dan kegemukan juga akan berkurangan pada bayi yang diberi susu ibu. Selain itu bahan laktosa yang terdapat dalam susu ibu boleh membantu mencegah penyakit riket, iaitu dengan meningkatkan penyerapan kalsium dan merangsang perkembangan otak bayi.

   Bayi yang menghisap susu ibunya jarang mengalami  gejala seperti cirit birit, jangkitan salur usus dan jangkitan salur pernafasan berbanding dengan bayi yang diberi susu formula. Kajian yang dijalankan oleh Pusat Pencegahan Malnutrisi Kanak-Kanak di Brazil, menunjukkan penyusuan susu ibu dapat mengelakkan kematian dan kemudaratan akibat cirit-birit pada bayi. Bayi yang tidak diberi susu ibu mempunyai 25 kali ganda risiko kematian akibat cirit-birit berbanding bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif.




Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
Read more...

Thursday 8 October 2015

Cara bangunkan bayi newborn untuk menyusu..!!


Tidur Ketika Menyusu  


Si comel yang baru lahir asyik tidur sahaja. Bagaimana hendak  menyusu kalau asyik tidur sahaja? Tidur memang tabiat  semula  jadi  bayi baru lahir. Namun, jangan biarkan bayi anda tertidur  ketika  menyusu, ia  untuk mengelakkan kekurangan susu ibu yang dihasilkan.
Bayi memang memerlukan penyesuaian dengan dunia barunya, ini membuatkan kadang kala dia lebih memerlukan tidur berbanding  menyusu.
Sehingga usianya satu bulan, bayi menghabiskan masa 16.5 jam  sehari  untuk tidur. Si manja masih belum dapat membezakan antara waktu  siang dan malam kerana pola tidurnya belum teratur.
Sepanjang masa eksklusif penyusuan susu ibu, bayi menyusu antara  lapan hingga 12 kali sehari. Dia menyusu selama 10 hingga 30  minit  dengan jarak waktu antara dua hingga tiga jam sekali.
Sekiranya bayi anda terus mengantuk ketika menyusu atau dia  tidur  lebih tiga jam tidak bangun lagi, anda perlu mengejutkan bayi  untuk  menyusu. Jangan dibiarkan dia terus lena tidur!





Tip kejutkan bayi baru lahir bangun menyusu

*Geletek kaki atau telapak tangannya agar dia terjaga waktu  menyusu.
*Buka baju ibu dan bayi dari bahu ke pinggang dan letakkan bayi  diatas badan anda, antara perut dan payu dara. Suhu tubuh ibu
 akan membuatkan bayi terasa hangat sehingga dia terjaga dari  tidur.
*Geletek bibirnya dengan puting susu anda yang telah dibasahi  air  susu untuk menstimulasi dia membuka mulut.
*Dukung bayi dengan kedudukan tegak dan agah bayi dengan  berborak  dengannya.



Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
Read more...

Sunday 18 January 2015

KAFEIN & KEHAMILAN..Selamat Ke??



ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..





Adakah saya perlu berhenti mengambil kafein memandangkan kini saya hamil?

Anda tidak perlu berhenti mengambil kafein, tetapi anda mungkin mahu mengurangkannya. Jika anda mengambil terlalu banyak kafein, bayi anda mungkin lahir kecil daripada sepatutnya. Bayi yang dilahirkan kecil berisiko lebih tinggi mengalami masalah kesihatan ketika dilahirkan dan hari-hari seterusnya. Ada juga kemungkinan bahawa tahap kafein yang tinggi boleh menyebabkan keguguran. Satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang sedikit pun mungkin mempunyai kaitan dengan keguguran.

Pakar mencadangkan wanita hamil mengambil tidak lebih daripada 200mg kafein sehari. Ini bersamaan dengan dua cawan besar kopi atau empat cawan kecil teh atau lima tin minuman kola sehari.

Apakah kesan sebenar kafein pada badan saya?

Kafein ialah sejenis stimulan. Ia meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme, dan ini boleh menjejaskan bayi anda yang sedang berkembang. Walaupun begitu, sedikit stres pada bayi, seperti apa yang bayi anda rasakan selepas anda minum secawan kopi, tidak membahayakannya. Ia serupa dengan apa yang berlaku apabila anda meluru masuk ke dalam bas, satu lagi situasi yang meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme seketika.

Sesiapa yang kerap minum kopi tahu bahawa mereka boleh jadi ketagih dan jika terlalu banyak boleh menyebabkan insomnia, keresahan dan sakit kepala. Ia juga bersifat diuretik, iaitu ia membuatkan anda perlu sering membuang air dan ini boleh menyebabkan badan anda kehilangan air dan cecair lain yang kesemuanya perlu untuk mengekalkan kesihatan anda semasa hamil.

Teh dan kopi juga boleh menjejaskan keupayaan badan menyerap zat besi jika anda meminumnya semasa makan atau dalam masa sejam selepas waktu makan.

Apakah makanan dan minuman yang mengandungi kafein?




Kafein terkandung dalam kopi, teh, minuman kola dan coklat. Sesetengah ubatan-ubatan di pasaran termasuk pil sakit kepala dan selsema, ubat tahan mengantuk dan ubat alahan juga  mengandungi kafein. Sentiasa dapatkan nasihat ahli farmasi sebelum anda beli ubat-ubatan di pasaran dan jangan lupa maklumkan bahawa anda sedang hamil.

Hakikatnya, jumlah kafein dalam secawan kopi dan teh berbeza-beza bergantung kepada samada kopi itu ditumbuk atau daun teh itu direndam atau adakah ia kopi atau teh segera. Ia juga bergantung kepada kepekatannya. Kola dan minuman-minuman lain juga berbeza kandungan kafeinnya. Lihatlah senarai di bawah untuk mengetahui purata jumlah kafein dalam beberapa jenis makanan dan minuman. Anda mungkin terkejut bagaimana mudahnya anda boleh mendapat kafein dalam dos tinggi.

1 cawan besar kopi segera = 100mg
1 cawan kecil kopi segera = 75mg
1 cawan kecil kopi dibru = 100mg
1 cawan kecil teh = 50g
1 tin minuman kola = 40mg
1 tin minuman tenaga = 80mg
1 x 50g kepingan coklat biasa = sehingga 50mg
1 x 50g kepingan coklat susu = sehingga 25mg

Ingatlah bahawa kandungan kafein dalam espreso dan espreso berasaskan kopi seperti kapucino dan late adalah bergantung kepada kedai yang menjualnya. Satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein berbeza daripada 50mg setiap espreso di satu kedai kepada setinggi 300mg bagi setiap espreso di kedai lain.

Sebagai jalan selamat, saya ingin berhenti mengambil kafein. Ada tip-tip tertentu?

Anda mungkin dapati deria rasa anda yang akan membantu. Ramai wanita mendapati keinginan untuk minum secawan kopi terhenti semasa trimester pertama apabila deria rasa mereka berubah dan loya boleh berlaku.

Selain itu, untuk mengurangkan jumlah kafein dalam minuman panas anda di rumah, rendamnya sebentar sahaja. Jika anda gemar minum teh Earl Grey, merendamnya selama satu minit berbanding lima minit mengurangkan jumlah kafein sebanyak separuh. Sesetengah pengeluar teh kini menawarkan teh hitam tanpa kafein atau teh hijau.

Walaupun teh herba biasanya tidak mengandungi kafein, pastikan anda membaca senarai bahan-bahan di dalamnya. Anda mungkin mahu mengelakkan jumlah kafein yang tinggi dan juga sesetengah herba dan perasa yang mungkin tidak selamat diambil semasa hamil. (Baca lebih lanjut mengenai herba dan kehamilan.)

Jika anda penggemar kopi atau minuman kola, berhenti mengambil kafein bukan perkara mudah. Untuk meminimakan simptom-simptomnya, yang termasuk sakit kepala, keletihan, lemah badan dan mengantuk, lakukannya secara beransur-ansur. Kurangkan sebanyak setengah cawan setiap hari. Anda juga boleh cuba tukar daripada kopi yang dibru segar kepada kopi segera.

Jika kopi memuaskan keperluan emosi anda, contohnya sebagai masa rehat atau sebagai ritual pagi atau penamat kepada hidangan makanan, anda boleh menukarkannya kepada secawan kopi atau teh tanpa kafein. Jika anda teringinkan minuman kola sejuk, belilah yang tanpa kafein sekali-sekala atau lebih baik lagi, cubalah segelas air mineral dengan sedikit kordial limau.




Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin

Read more...

Pemakanan SIHAT Semasa Hamil...



ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..









Baru hamil?

Jika anda baru sahaja tahu yang anda hamil, tahniah! Memandangkan sekarang anda bakal menjadi ibu, anda mungkin tertanya-tanya apa yang anda boleh dan tidak boleh makan, dan berapa kalori yang anda perlukan. Seksyen nutrisi kehamilan kami mempunyai kesemua jawapannya.

Pada masa ini anda mungkin tidak begitu berselera, terutamanya jika anda mengalami mabuk hamil pagi. Tetapi cubalah makan secara sihat apabila anda boleh. Diet yang sihat akan membuatkan anda berasa lebih baik dan akan membantu bayi mendapatkan kesemua nutrien yang diperlukannya untuk membesar. Makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit serta kerap meminum air boleh membantu menangani loya dan keletihan yang sedang anda alami sekarang.

Berbeza daripada apa yang sering anda dengar, anda tidak perlukan kalori tambahan dalam dua trimester yang pertama, jadi jangan fikir yang anda perlu makan untuk dua orang.

Fokus pada asid folik

Juga dikenali sebagai folat atau folasin, asid folik termasuk dalam salah satu kumpulan vitamin B. Ia penting semasa kehamilan kerana ia merupakan salah satu daripada beberapa nutrien yang diketahui boleh mengelakkan kecacatan kelahiran tiub neural seperti spina bifida. Badan anda juga memerlukannya untuk menghasilkan sel-sel darah merah serta norepinefrin dan serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf anda). Ia membantu menghasilkan DNA (bahan genetik badan) yang mengnormalkan fungsi-fungsi otak dan merupakan satu komponan penting dalam cecair saraf tunjang.

Pakar mengesyorkan setiap wanita yang merancang untuk hamil atau dalam 12 minggu pertama kehamilan supaya mengambil 400 mikrogram asid folik sebagai makanan tambahan.

Selain daripada mengambil makanan tambahan, pakar juga mengesyorkan supaya diet anda mengandungi makanan yang kaya dengan folat. Berikut adalah beberapa resipi enak yang boleh memberi ilham kepada anda.







Makan tengah hari: sup brokoli dan kacang pis

Hidangan untuk empat orang

Sup brokoli merupakan hidangan makan tengah hari yang bagus kerana ia mudah dihadam dan kaya dengan folat. Hidangkannya dengan roti berkerak yang disapu dengan hummus rendah lemak untuk menjadikannya lebih berkhasiat. Resipi ini menggunakan susu soya yang diperkaya, maka ia sesuai untuk mereka yang vegetarian, tetapi anda boleh juga menggunakan susu lembu skim jika anda suka. Sup ini juga boleh disejuk-beku.

Bahan-bahan

2 sudu besar minyak zaitun atau minyak sesawi
1 biji bawang besar, dicincang kasar
500g brokoli, dicincang kasar
150g kacang pis beku
500ml susu soya diperkaya dan tanpa gula (atau susu lembu separa skim)
500ml stok sayuran
Lada hitam sebagai perasa

Cara-cara
Tumiskan bawang hingga lembut selama kira-kira 10 minit. Masukkan brokoli dan kacang pis dan masak selama beberapa minit sambil dikacau. Masukkan susu soya dan stok sayuran, dan biarkan sup mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan renih selama kira-kira 20 minit hingga brokoli lembut.

Tuang sup tadi ke dalam pemproses makanan atau pengisar, atau guna pengisar berbatang dan kisar hingga halus. Hidangkan segera.

Snek: oren dengan halwa halia dan kurma

Segarkan diri anda pada minggu-minggu pertama ini dengan oren segar. Oren mempunyai indeks glicemik (GI) yang rendah. Ini bermakna ia akan memecahkan glukosa dengan perlahan-lahan dan mantap, seterusnya membantu menstabilkan gula dalam darah anda.

Kupas sebiji oren dan hirisnya secara menegak. Susunkannya di atas pinggan. Cincang beberapa biji kurma dan taburkan di atas hirisan oren tadi. Kemudian taburkan pula halwa halia yang dicincang halus. Halia baik untuk menghilangkan loya dan menaikkan rasa buah oren.

Makan malam: kaserol daging dan kacang mata hitam (black eye beans)

Kacang mata hitam sangat tinggi kandungan folatnya dan merupakan sumber serat yang baik. Mencampurkannya dalam stew yang enak adalah cara yang mudah untuk memasukkan kekacang dalam diet anda. Resipi ini memberi hidangan untuk empat orang dan sesuai disejuk-beku.

Bahan-bahan

1 biji bawang besar, dicincang kasar
500g daging, dipotong kiub
1 tin besar (400g) kacang mata hitam, ditos dan dibilas
1 sudu besar paprika
2 sudu besar tomato sundried, ditos dan dicincang
1 sudu besar tepung gandum
400ml air
2 helai daun bay
Lada hitam

Cara-cara

Tumis bawang hingga kecoklatan. Tutup api dan masukkan bawang yang telah ditumis ke dalam bekas kaserol. Masukkan daging, kacang, paprika dan tomato. Taburkan tepung dan kacau.

Masukkan air dan daun bay, dan kacau. Tutup bekas dengan penutupnya atau dengan kerajang aluminium dan masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah C. Bakar selama satu setengah jam sambil dikacau sekali-sekala.

Letakkan kentang jaket ke dalam ketuhar bersama-sama stew tadi, dan hidangkan dengan brokoli atau bayam kukus dan lobak merah atau jagung manis.


Moga dapat memberi semangat dan idea yang baru untuk bakal ibu-ibu semua...




Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin

Read more...

Elak MORNING SICKNESS??




ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..



Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali sebagai morning sickness...Bagaimanapun tidak bermakna alahan ini hanya datang pada waktu pagi sahaja.
Ada juga wanita yang mengalami morning sickness pada waktu malam bahkan ada juga yang terpaksa melaluinya sepanjang hari. Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua.
Tetapi jangan terkejut kerana ada juga wanita hamil yang terpaksa menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. Pakar perubatan masih belum dapat mengenal pasti penyebab sebenar masalah ini.
Namun kebanyakan mengaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan loya.
Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, ikuti panduan berikut yang mungkin sedikit sebanyak membantu anda.
Langkah 1
Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.
Langkah 2
Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.
Langkah 3
Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.
Langkah 4
Peppermintatau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.
Langkah 5
Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.
Langkah 6
Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.
Langkah 7
Elakkan daripad amakan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.
Langkah 8
Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.
Langkah 9
Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk.
Langkah 10
Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.

Langkah 4 & 9 mengatakan peppermint,halia & vitamin B6 sangat efektif untuk menghilangkan rasa loya ketika mengandung. Jadi, pada mereka yang tak lalu nak makan peppermint atau halia yang betul boleh cuba Peppermint Ginger Plus & B Complex Shaklee. 


Peppermint ginger plus diperbuat daripada daun pudina,halia,pokok adas & cekur manis.  Fungsinya ialah untuk membantu dalam merawat/mencegah loya,gastrik,mabuk laut,sendawa atau penghadaman. B Complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B iaitu B1,B2,B3,B6,B12,asid folik,biotin & pantothenic acid. Asid folik sangat bagus untuk mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang. 



Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
Read more...

Sunday 11 January 2015

Supplement TERBAIK untuk anak-anak..




ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA







Perlu ke vitamin untuk anak2 ni? Sejujurnya saya katakan, tidak perlu dengan syarat anak-anak tidak cerewet makan. Makan ikan, daging, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan hasil tenusu dengan lengkap seperti piramid makanan sesuai dengan keperluan hariannya dan betul cara penyediaannya.
Namun begitu, kebanyakkan kanak-kanak hari ni sangatlah memilih makanan... walaupun tidak semua begitu... Ada setengahnya hanya nak makan nasi + telur + kicap sahaja... Macam dalam iklan tv tu... anaknya hanya nak makan hotdog je... huhuhu... macam mana mereka nak dapat khasiat yang lain?

Di sinilah pentingnya pengambilan vitamin anak2... Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan zat dan nutrien yang penting dalam pertumbuhannya. Contohnya protein untuk tumbesaran, kalsium untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, DHA untuk perkembangan otak dan mcm2 lagi...


Tahukah anda???

Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini. Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.

Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.

Jangan salah anggap ye... Tidak semestinya perlu semua ini... Ia boleh diambil mengikut kesesuaian peringkat umur dan keperluan setiap anak... Iaitu:


Kanak-kanak bawah 1 tahun – SUSU IBU.
Kanak-kanak 1-3 tahun – MEALSHAKE & OMEGAGUARD.
Kanak-kanak 4 tahun ke atas – MEALSHAKE/VITA-LEA FOR CHIDREN, OMEGAGUARD, CHEWABLE VITA-C.


Jom lihat apakah khasiat vitamin-vitamin berkenaan....
 
1. Meal Shakes


  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendah lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur


APAKAH KHASIAT MEALSHAKE INI?

* Meningkatkan sistem imun anak.Jadi anak tidak mudah mendapat penyakit.jka sakit akan cepat sembuh.
* Meningkatkan selera makan anak.
* Memabantu mengurangkan masalah eczema
* Kulit tidak mudah lekat parut. Jika berparutakan cepat hilang.
* Membantu mengatasi masalah sembelit anak.
* Membantu mencantikkan tekstur kulit.
* Menjadikan anak lebih sihat,bertenaga dan aktif sepanjang hari..
* Mengatasi alahan semasa mengandung dan membuka selera bg ibu yang tiada selera makan.
* Bagi ibu yang menyusukan,mealshake juga membantu melancarkan penyusuan ibu....


Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.


2. OmegaGuard


  • Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
  • Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.



3. Chewable Vita-C @ 100mg


  • Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan



4. Vita-Lea® for Children Chewable


  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
  • Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Sumber harian tambahan bagi vitamin B



Anda berminat nak beri yang TERBAIK untuk anak-anak anda?? In Sha Allah, saya sedia membantu..





Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin



Read more...
 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews