Ads 468x60px

Monday 15 December 2014

Petua Mudah Hamil Mengikut Cara Islam

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..





Siapa yang bergelar suami isteri di dunia ini yang tidak mahu dipanggil abi & ummi..Anak adalah anugerah Ilahi yang paling berharga, terasa sunyi jika tiada anak atau masih belum dikurniakan anak..Anak adalah rezeki, amat beruntung bagi sesiapa yang telah dikurnikan anak lebih awal dari yang lain, bersyukurlah, jangan terlalu bangga dengan kejayaan, kerana kejayaan tue datang dengan izin Allah s.w.t.


AMALAN-AMALAN UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT


Setelah berusaha dengan perubatan moden & kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperoleh zuriat.

Di bawah adalah amalan-amalan yang boleh dicuba oleh anda semua..Semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik kepada anda semua di dalam penantian untuk mendapatkan cahaya mata.

  • Amalan pertama 
Selepas Fajar ataupon Solat Subuh

    • Baca Bismillah 1x
    • Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3x
    • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahada 101x ( dalam sujud mohonlah kpd Allah tentang apa yang dihajati, kurniakanla kepada hamba zuriat atau cahaya mata yang soleh yang Engkau berkati di dunia & akhirat)
    • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x

Amalkan cara ini baik untuk suami ataupon isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil & jangan pernah putus asa. Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.


  • Amalan kedua

    • Suami hendaklah membaca ''Ya Mutakabbir '' ( Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak.
    • Isteri hendaklah membaca ''Ya Awwal" ( Yang Tiada Permulaan adaNya) 333x setiap hari.
    • Isteri hendakla membaca setiap hari ''Ya Zaljalaali Wal Ikram'' 11x, kemudian tiup di dalam air & air tersebut diminum.
    • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusud/ Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.




TIPS YANG LAIN


  • Anda boleh mula mengambil asid folic. Pengambilan 0.4mg asid folic ini dapat mengurangkan 50-70% risiko kemungkinan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neutral. Pengambilan asid folic haruslah sekurang-kurangnya 2 / 3 bln sebelum mengandung.

  • Jadikanla sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan.

  • Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks, berbaringla sekurang-kurangya 5 minit.

  • Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walupon semuanya kelihatan ' sempurna 'di mata anda, hakikatnya peluang hanyala 25% ke 30% untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.

  • Jika anda peminat tegar minuman kafein, hentikan sekarang. Ini kerana ia boleh menghalang perkembangan bayi & menyumbang kepada masalah kesuburan.

  • Elakkan diri dari berasa tertekan..jika anda selalu tertekan, ia memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupon perkembangan embrio.

  • Berjumpa doktor untuk mengetahui sejarah rekod perubatan & berbincanglah dengan hati terbuka

  • Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah 'mesra sperma'.

  • Pujukla suami untutk mandi air sejuk terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan intim. Kajian menunjukkan, air sejuk akan melancarkan pengaliran darah & meningkatkan kadar pergerakan sperma.

  • Sebaik sahaja anda selesai melakukan hubungan intim, letakkanla bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Sebabnya ialah berikan sedikit rangsangan kepada ' mereka' untuk berenang.


Wallahualam


Semoga anda semua cepat dikurniakan cahaya mata yang soleh & solehah. Banyakkan berdoa kepadaNya. In Shaa Allah dipermudahkan..




Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
♥ SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
♥ FB Page: Nurin Supplement
♥ FB : https://www.facebook.com/nu.rin.52
  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Pick Up/COD Area:
‪‎Malim,cheng,durian tunggal,krubong,sungai udang

Penghantaran seluruh Malaysia

Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!


0 comments:

Post a Comment

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews