Ads 468x60px

Wednesday 17 December 2014

PENTING..!! AdA 7 TaNDa KeHaMiLaN PeRLu DiBeRi PeRHaTiAN

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..







Ada pelbagai tanda kehamilan dan ia berlainan bagi setiap individu. Kadang-kadang anda akan rasa tanda ini, tetapi tidak menyedarinya. Ada juga para suami yang merasainya. Bagi yang baru berkahwin, tentu sekali tidak biasa tentang tanda-tanda mengandung. Apabila tidak sedap badan, ramai berasakan tidak sihat dan terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Selalu berlaku, doktor akan memberikan berita gembira yang tidak disangka-sangka..!!

Berbanding yang sudah pernah mengandung, tanda-tanda ini cukup jelas dan sudah difahami. Jom kita lihat apa tanda-tanda hamil yang bakal ibu perlu tahu:




TANDA-TANDA WANITA ITU HAMIL


  • HAID TIDAK DATANG


    • Bagi yang mempunyai kitaran haid yang teratur, sekiranya ' miss ' beberapa hari besar kemungkinan anda perlu ke farmasi untuk membeli ' pregnancy test kit '. Usah tunggu lama-lama. Ujian kehamilan ini akan mengukur tahap hormon HCG dalam air kencing. Namun sukar bagi yang mempunyai haid tidak teratur, kerana tidak dapat untuk mengagak.

  • MUAL @ ''MORNING SICKNESS''

    • Kalau mengalami ''morning sickness'' dan muntah-muntah, ia juga satu petanda baik. Perlu diingat, bila sudah mula muntah-muntah, badan akan terhidrat dan kurang air. Perlu segera jumpa doktor untuk konsultasi dan maklumat lanjut agar kesihatan anda pada tahap optimal. Suami perlu bagi sokongan moral.

  • PERUBAHAN PADA WARNA DI SEKELILING PAYUDARA

    • Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pon beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanapon, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
    • Payudara juga akan mula bengkak. Nama lain '' tender breasts'' atau '' swollen breasts''. Kelihatan lebih besar dari biasa, pastikan pakai bra yang dapat menampung payudara dengan selesa.

  • SAKIT KEPALA

    • Ia berlaku akibat perubahan hormon dalam badan. Gangguan pening dan sakit kepala yang sering dirasakan oleh ibu hamil sebenarnya berlaku atas faktor fizikal yang dialami seperti rasa lelah, mual, lapar dan tekanan darah rendah. Selain itu, penyebab emosional pula berkaitan dengan perasaan tegang dan stress. Peningkatan darah ke seluruh tubuh juga boleh menyebabkan sakit kepala bila berubah kedudukan tempat duduk.

  • RASA PENAT DAN TIDAK BERMAYA

    • Rasa seperti tiada tenaga dan ingin bermalas-malasan sahaja. Ingin baring dan berehat sepanjang masa. Ini berlaku kerana perubahan hormon. Tubuh badan ibu cuba menyesuaikan diri dengan kehadiran insan baru dalam badan. Peningkatan hormon progesteron juga sering dikaitkan dengan rasa penat dan lelah. Penurunan kadar gula dalam darah dan tekanan darah rendah juga menyumbang kepada rasa kepenatan ini.

  • SUHU ASAS BADAN TINGGI BERPANJANGAN

    • Sekiranya anda memang sedang membuat permerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras suhu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

  • PERUBAHAN MOOD YANG KETARA

    • Wanita hamil memiliki mood yang mudah berubah. Suami kena tahan sahaja bila ini berlaku. Ini kerana sekejap happy, sekejap sedih. Silap-silap suami pula kena marah tanpa sebab. Usah bimbang kerana ini adalah perkara normal yang berlaku akibat perubahan hormon. Isteri anda hanya cuba menyesuaikan tubuh badan dengan kehadiran hormon baru.




Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
♥ SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
♥ FB Page: Nurin Supplement
♥ FB : https://www.facebook.com/nu.rin.52
  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Pick Up/COD Area:
‪‎Malim,cheng,durian tunggal,krubong,sungai udang

Penghantaran seluruh Malaysia

Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!

0 comments:

Post a Comment

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews