Ads 468x60px

Monday 22 December 2014

Panduan untuk Ibu Hamil..( ◠‿◠ )





ASSALAMMUALAIKUM  DAN  SELAMAT SEJAHTERA









Kali nie saya ingin kongsikan khas untuk bakal-bakal ibu terutama yang hamil anak pertama..info nie bukan untuk isteri je tau tapi untuk suami juga, supaya boleh membantu isteri nanti..


Kita focus dahulu kepada doa-doa yang perlu diamalkan semasa mengandung :-


     ¨     Surah Al- Fatihah { untuk menerangkan hati dan kuat ingatan}
¨     Surah Maryam { untuk memudahkan ibu bersalin }
¨     Surah Yusuf { untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak }
¨     Surah Luqman { untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa }
¨     Surah Yassin { untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak  kepada maksiat }
¨     Surah Toha { semoga bayi lembut hati }
¨     Surah Al-Nahl { untuk melahirkan anak yang berdisplin }
¨     Surah Hujurat { untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati }
¨     Surah Al-Taubah { untuk memebersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat }
¨     Perbanyakkan istighfar
¨     Doa memohon rahmat { Al-Quran Surah Al-Imran, 3: 8-9}
¨     Doa memohon zuriat yang baik { Al-Quran Surah Al-Imran, 3: 38}
¨     Doa agar anak mengerjakan solat { Al-Quran Surah Ibrahim, 14: 40-41}


Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya :-

     ·     Sentiasa mengingati Allah SWT dengan momohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat.
·        Banyak melakukan ibadat , membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri malah suami pon digalakkan sekali.
·        Ibu-ibu yang mengandung harusla lebih banyak bersabar, bersikap baik serta sentiasa menghormati ahli keluarga dan orang di sekeliling. Jaga tingkah laku kerana ia akan memperngaruhi sikap anak yang bakal lahir kelak.
·        Jaga emosi. Kena sentiasa tenang dan gembira. Ini akan memberikan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

10 tips ringkas jaga kehamilan
  
       1.     Rancang rawatan antennal dari awal
2.       Makan dengan baik
3.       Berhati-hati tentang kebersihan makanan
4.       Mengambil asid folik
5.       Bersenam selalu
6.       Lakukan senaman lantai pelvic
7.       Hadkan pengambilan alcohol
8.       Kurangkan pengambilan kafein
9.       Berhenti merokok
10.     Banyakkan berehat


5 perkara yang perlu dielakkan semasa hamil

           1.                  1.       Jangan makan nenas – sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran. 
          2.                  2.              Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah ( ulam pegaga ) – sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin
          3.         Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan – sebab nanti air ketuban akan berbau busuk.
          4.          Jangan minum ais – kurangkan kerana ia akan melemahkan anggota badan tetapi kebiasaanya waktu kita hamil, kita akan sentiasa rasa panas..hehehehe...
          5.         Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan takut rahim lemah dan tidak dapat menahan dari keguguran.


Makanan yang digalakkan untuk ibu hamil

      a)      Protein – membina, membaiki dan menggantikan tisu-tisu badan yang rosak ( susu/telur )
b)      Karbohidrat – memberi tenaga, terdapat dalam nasi, ubi, jagung/ gula
c)      Lemak – memanaskan badan dan menjadi lapik kepada organ lembut dalam badan ( hati )
d)      Vitamin – menjauhkan kita dari penyakit dan terdapat dalam buah-buahan / sayuran
e)      Garam Galian – diperlukan dalam jumlah yang sedikti oleh badan (kekacang / seafood )



 Sedikit perkongsian dari saya untuk anda yang bakal bergelar ibu..Tahniah ye..(✿◠‿◠)

Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
♥ SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
♥ Emel : puteri2485@gmail.com
♥ FB Page: Nurin Supplement
♥ FB : https://www.facebook.com/nu.rin.52
  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


Pick Up/COD Area:

‪‎Malim,cheng,durian tunggal,krubong,sungai udang



0 comments:

Post a Comment

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews