Ads 468x60px

Friday 19 December 2014

10 Tips Mengajar Anak Membaca...(✿◠‿◠)



ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA




Kita sebagai ibu bapa mestilah memahami anak-anak kita supaya kita dapat memberi sokongan dan bantuan yang tepat.Sokongan dan bantuan yang tepat akan membantu kanak-kanak mencapai tahap bacaan yang optimal.Memupuk minat membaca mestilah bermula dari rumah. Rumah adalah syurga bagi keluarga, sangat teruja jika melihat anak-anak kita boleh membaca seawal 3-4 tahun dengan lancar.Zaman moden sekarang, tidak perlu tunggu sehingga anak pergi ke tadika..semuanya boleh bermula dari rumah.



     
©                      PILIH TEMPAT YANG SELESA UNTUK MEMBACA


Tempat memainkan peranan yang penting,pastikan anak kita gembira dan selesa dengan tempat yang kita sediakan..paling penting mestila dipenuhi dengan lampu. 







©                      BACA BUKU UNTUK SI MANJA






Jika mahu tarik minat anak membaca, kita sebagai ibu bapa haruslah bacakan untuk anak-anak. Bagi si manja yang berumur 2-3 tahun, mereka mahukan ibu bapa yang membacakan terutama buku “ favourite ”. Jangan terkejut, jika satu hari si manja boleh menghafal segala isi cerita dalam buku tersebut sebelum kita memulakan pembacaan. Mungkin butir-butir yang keluar dari mulut si manja kedengaran pelat-pelat tetapi mereka berusaha untuk memberitahu..Tidak percaya..?? Cubalah dahulu.. 



©                      JADIKAN MEMBACA SEBAGAI SATU RUTIN HARIAN



Maksudnya di sini, jangan setiap kali balik je di rumah, terus buka astro Channel Kartun contohnya Channel 611..biasanya nie adalah salah satu cara ibu bapa untuk mengelakkan anak dari terus mengganggu..kira nak bagi anak senyaplah dari terus merengek dekat kita..Sebenarnya itu adalah satu langkah yang silap,dengan waktu yang singkat..berjumpa hanya pada waktu malam, bagi ibu bapa yang bekerjala..kalau si ibu jadi suri rumah, ada banyak masa yang terluang untuk si manja.Okey sekiranya kita lakukan membaca sebagai satu rutin harian, ia tak perlu disuruh lagi..Anak-anak akan secara automatic mengambil buku tanpa disuruh dan menyuruh kita membaca. Memang nampak penat tetapi percayalah segala penat lelah anda akan berbaloi pada masa akan datang. 


©                      NYANYI LAGU ABC ATAU 123 BERSAMA-SAMA



Suara xbest?? Xpelah, yang penting anak gembira..tiada sape yang peduli..Anak-anak tidak kisah pon dengan suara kita..apa yang mereka nak kita memberikan sepenuh perhatian terhadap mereka..Latih mereka menghafal dari segi nyanyian supaya anak-anak tidak merasa bosan dengan cara yang sama je..




©                      JADI CONTOH YANG BAIK


Bagaimana anak mahu membaca buku jika ibu-bapa tidak menunjukkan minat ke arah itu..Tunjukkan perilaku yang baik dan teladan yang baik..Orang kata '' Leadership by example '' atau bermaksud '' '' ''Kepimpinan melalui Teladan ''. Kalau anak selalu nampak ibu-bapa mereka asyik dengan telefon bimbit sahaja, bagaimana mereka mahu mencontohi kita???


©                      TANYA SOALAN PADA ANAK





Anak suka bila kita menunjukkan minat. Bila ada gambar-gambar dalam buku, tanya dia kenapa gambar itu begitu begini. Contohnya jika baca buku '' Ugly Duckling'', ada seekor itik yang berwarna lain dari yang lain, cuba tanya anak, '' Kenapa tiada itik lain tak kawan dengan dia ?'' '' Kenapa dia bersedih? ''. Kita akan tersenyum bila mendengar jawapan dari mereka, tak kisahla logik atau tidak..kadang-kadang ada yang melucukan. 



©                      PILIH BUKU YANG BAGUS



Terlalu banyak buku kanak-kanak di kedai-kedai buku seperti di POPULAR atau MPH..Pilih buku yang banyak memainkan warna di dalam buku tersebut..Ini untuk menarik minat anak-anak kita untuk membaca, kalau warna yang malap dan suram je..mesti xde sapa yang nak bacakan??



©                      GABUNGKAN MEMBACA DENGAN MENULIS



Usah serahkan tugas mengajar anak hanya pada cikgu-cikgu di tadika atau sekolah sahaja. Apa salahnya kita mengajar anak kita di rumah, wujudkan satu tempat khas untuk anak kita belajar..Belikan white board atau papan hitam yang khas untuk anak-anak kita menulis dan membaca..Ini untuk melatih dan persediaan sebelum anak kita mula bersekolah..





© TAMPAL ABJAD ABC ATAU NOMBOR 123 DI DINDING BILIK  TIDUR ANAK


Ada banyak produk yang dijual di kedai buku yang mengandungi senarai ABC berserta gambar yang menarik.Tampal di bilik tidur mereka, apabila anak-anak nampak setiap hari, ia secara automatik akan menghafal abjad tersebut..





©  SELALU BAWA ANAK KE KEDAI BUKU ATAU PERPUSTAKAAN



Ini untuk mendedahkan anak kita tentang pusat membaca buku selain di rumah..takdela mereka bosan je, nak baca mesti kat rumah..cuba bawak anak-anak keluar dari rumah, ubah cara pembacaan mengikut suasana di luar..


    • Moga input yang diberi dapat membantu ibu-bapa semua..Ameen...( ◠‿◠ )

Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
♥ SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
♥ Emel : puteri2485@gmail.com
♥ FB Page: Nurin Supplement
♥ FB : https://www.facebook.com/nu.rin.52
  
  •  These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease



Pick Up/COD Area:

‪‎Malim,cheng,durian tunggal,krubong,sungai udang

0 comments:

Post a Comment

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews