Ads 468x60px

Sunday 27 October 2013

Set Pelangsingan Shaklee




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai wanita dan lelaki di luar sana inginkan badan yang ramping dan menawan. Tapi masih tercari-cari produk yang sesuai untuk program menurunkan berat badan. 

Dengan Slimming Set Shaklee anda bukan sahaja mampu mencapai berat badan ideal, lansing, cantik tetapi anda juga semakin sihat dan bertenaga. Tidak perlu mengambil ubat terlarang tanpa kelulusan KKM. Dengan Shaklee ternyata mendapat kelulusan KKM, Halal dan selamat digunakan. Bukan sahaja untuk kurus tapi lebih sihat dan bertenaga.

Ramai yang tercari-cari produk untuk pelangsingan yang sesuai. Ada yang sanggup menghabiskan ribuan $$ semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang lansing dan menawan. Risau tentang bajet untuk menguruskan badan anda. Usah risau. Saya ada cadangan produk berdasarkan bajet anda di entry akan datang. 

Nasihat saya, pastikan anda memahami dengan jelas, apakah konsep utama dalam pelangsingan badan supaya anda tidak merasa TERTIPU dengan produk-produk pelangsingan yang terdapat di pasaran.

Hari ini saya ingin berkongsi Slimming Set Shaklee. Shaklee juga turut menawarkan produk pelangsingan bagi tujuan untuk pelangsingan badan. Ramai yang sudah mencuba dan merasai perbezaannya.


3 KONSEP UTAMA UNTUK KURUS:


BAKAR, BUANG, BINA


1. BAKAR 
Produk: LECITHIN/ OMEGA GUARD
Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol


2. BUANG
Produk: ALFALFA/HERB LAX
Fungsi: membuang lemak, toksin dalam badan



3. BINA
Produk: CINCH SHAKE /SOY PROTEIN
Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh lepas berat badan turun.



BERIKUT MERUPAKAN LANGKAH YANG TEPAT UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN LEBIH BERKESAN:

LANGKAH PERTAMA: DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar (najis). Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Produk Shaklee yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. 

LANGKAH KEDUA: MEMECAHKAN LEMAK
Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah. Seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Untuk makluman, Lecithin ni tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. 

Omega Guard pun turut membantu dalam proses memecahkan lemak dan mencegah obesiti. Omega juga dapat mengawal obesiti, merendahkan kolesterol bagi fungsi pengurusan berat badan. EPA dan DHA di dalam Omega Guard boleh merendahkan lemak dalam darah. 

LANGKAH KETIGA: MEMBINA OTOT 

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot agar bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.


Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak tapi gantikan dengan Energizing Soy Protein / MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? 

Apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.

TIPS PENTING:

Program pengurusan berat badan adalah berbeza dengan diet yang extreme. walau apa jua cara, pastikan pemakanan yang betul dan sihat, kurangkan karbohidrat dan lebihkan pengambilan protein, dan pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari. senaman dan pemakanan yang disiplin juga perlu dipatuhi. 



0 comments:

Post a Comment

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews