Ads 468x60px

Sunday 27 October 2013

Makanan Yang Tidak Baik Diambil Ketika Menyusukan Bayi



Sesetengah ibu menyusukan anak merasakan hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.

Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum akan disalurkan terus kpd bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi.

Oleh itu, wanita yang menyusukan bayi harus mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.

Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak,tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda.

Antara makanan yang tidak sesuai sepanjang ibu menyusukan anak anda ialah :

Makanan terlalu banyak buah-buah citrus seperti lemon, limau, oren dan limau gedang. Ia boleh menganggu system gastro usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Bayi yang sensitive buah-buahan tropical yang lain seperti buah mangga, jambu atau epal.

Makanan laut dengan kandungan merkuri yang tinggi seperti ikan yu dan ikan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan system saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuklah udang, salmon, tuna dalam tin dan ikan air tawar.

Memakan makanan yang diketahui mengalami alahan makanan. Bayi mungkin akan mengalami alahan yang sama sehingga mengalami sakit perut, mempunyai masalah tidur, atau gatal-gatal, ruam, dan eczema atau pernafasan yang berbunyi .

Meminum alcohol, bukan saja dilarang dalam islam, tetapi juga boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Mengambil kafein dalam minuman. Minunan berkafein seperti kopi, teh, minuman ringan tenaga, dan minuman bercoklat boleh dirembeskan ke dalam susu ibu akan menyebabkan gangguan tidur pada bayi.

Jadinya, saya mencadangkan agar wanita yang menyusukan anak agar mendapatkn nasihat pakar untuk PEMAKANAN YANG BETUL disamping MINUM AIR YANG SECUKUPNYA.

0 comments:

Post a Comment

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews