Ads 468x60px

Thursday 31 October 2013

Incentive dari SHAKLEE



Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..

Alhamdulillah incentive dari SHAKLEE telah pon dapat semalam..

Incentive naik rank ke SUP..ini tak termasuk bonus 4 angka yang sy terima pertengahan bulan tau..  

Bagi sesapa yg berminat nk jadi macam saya..

saya akan explain cara-caranya.

Boleh check link ini: Jana pendapatan dengan SHAKLEE


** TERBUKA KEPADA SESAPE YG SERIUS SAHAJA **



 Anda boleh hubungi :


PM ke : FB Nurin Supplement
Call/Sms/WhatApp/Wechat : 016-2253792 (RIN)
Read more...

Wednesday 30 October 2013

SET MENYUSU SPECIAL UNTUK PARA IBU

Kenapa Perlu Menyusu Sendiri anak kesayangan anda?

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara fitrahnya, setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Demikiankah kehebatan se orang insan bernama ibu yang dikurniakan oleh Allah.

Benarkan Susu Ibu   Makanan Terbaik Untuk Bayi ?

Susu ibu mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk pembesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat.
Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihadapi oleh bayi yang baru lahir.
Kebanyakan susu tepung yang ada di pasaran, jika diberikan kepada  bayi boleh menyebabkan jangkitan kuman yang mengakibatkan cirit birit dan sebagainya.

Benarkah Ibu Yang Menyusu Ibu Yang Sihat?

Benar sekali. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusu. Secara umum, diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusu  bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan ibu.

Apakah Suplimen yang Perlu Diambil oleh Para ibu yang Menyusu bagi Memastikan Kesihatan Bayi dan Ibunya?

Multivitamin Shaklee
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein  Shaklee
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh.

Vitamin C  Shaklee
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tertumpu pada bayi. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Kompleks  Shaklee
Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.

Kalsium  Shaklee
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium, Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3  Shaklee
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak, Ia Telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu menpunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tuampuan  (ADHD) atau autisme.

Alfalfa  Shaklee
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara traditional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
_________________________________________________________________________________

Shaklee Breastfeeding Set  Shaklee

Family Wellness( ESP + Vit-Lea + Vit-C + B-Complex)  Shaklee
Mengandungi keseluruhan nutrisi untuk kekal cergas dan sihat. Ia memberikan tenaga dan makanan berkhasiat untuk tubuh yang sihat.

Ostematrix  Shaklee
Menyediakan nutrien matriks unik termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi bagi mengekalkan tulang dan gigi yang sihat.

Alfalfa Complex Shaklee 
Alfalfa Complex yang dicipta oleh Dr.Forrest C Shaklee pada tahun 1950-an merupakan Formula Milik Penuh Shaklee(Shaklee Signature Formula). Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral.

Complete Set terdiri daripada:

1) ESP  Shaklee - RM 150
2) Vit-Lea  Shaklee - RM 88.75
3) Vita-C  Shaklee - RM 92.50
4) B-Complex   Shaklee- RM 53.75
5) Ostematrix  Shaklee - RM 61
6) Alfalfa(S)  Shaklee- RM 53.75

Total Price for Non-Shaklee Member : RM 499.75

** UNTUK ANDA YANG INGIN HARGA DISKAUN BLH TINGGALKN KOMEN YEA..


Read more...

Panduan Menyusu di Tempat Awam

PANDUAN MENYUSU DI TEMPAT AWAM

Sesetengah ibu sanggup terperap di rumah kerana rasa tidak selesa ketika menyusukan bayi di tempat awam. Berhenti menyorok, ketahui panduan untuk menyusukan bayi sama ada di pasaraya, restoran atau mana-mana tempat awam...

Praktis di rumah

Tempat terbaik untuk anda praktis adalah di rumah. Mulakan dengan menyusu di hadapan ahli keluarga. Anda juga boleh cuba menyusu di hadapan cermin.

Dapatkan teknik yang anda selesa

Sekali lagi, praktis! Cuba dapatkan posisi yang anda dan bayi selesa.

Buat biasa saja

Jangan nampak terlalu cuak, pandang bayi anda.

Jika ada yang merenung

Kalau ada orang merenung anda, renung dia semula. Jarang orang nak merenung ibu yang menyusu, melainkan perlakuan anda (atau bayi anda) menarik perhatian mereka.

Pilih tempat yang sesuai

Cuba cari tempat yang tidak terlalu ramai orang dan sedikit tersorok. Cari tempat yang menghadap ke tingkap/dinding untuk lebih privasi.

Hadap ke belakang

Hadap ke belakang dahulu untuk latch-on/lekap sebelum menghadap ke depan semula.

Pakai pakaian yang sesuai

Baju yang sesuai dan bra menyusu memudahkan anda untuk menyusukan bayi. Pakai baju yang sedikit besar. Anda juga boleh mengenakan tiub (tube) di badan bagi mengelakkan ternampak perut jika baju terselak. Jika anda ada bajet lebih, beli baju khas untuk menyusu.

Sembunyikan di balik tudung atau selendang

Jika anda tidak bertudung, bawa selendang dan pakai di bahu untuk menutup bayi anda.

Susukan secepat mungkin

Susukan bayi anda sebaik sahaja dia menunjukkan tanda yang dia nak menyusu. Jangan berikan dia puting kosong atau botol untuk mendiamkannya.

Gunakan sling

Sesuaikan kedudukan bayi di dalam sling, dan anda boleh mula menyusu. Orang lain tidak tahupun bayi anda di dalam sling sebenarnya sedang menyusu.

INFO :

* Anda dapat mempromosikan penyusuan susu badan kepada orang lain dengan menyusu di tempat awam.

* Ada sesetengah ibu terutamanya bayi yang lebih besar yang menyusukan bayi mereka di dalam kereta dahulu sebelum keluar ke tempat awam.

* Jika anda terlalu malu, pam dan berikan susu ibu di dalam botol.









Love : Nurin Supplement ..(◕‿◕)
Read more...

Tuesday 29 October 2013

Tips mencegah rahim dari jatuh

PUNCA-PUNCA Peranakan atau Rahim boleh jatuh :


  • Sebab kemalangan yang kuat, contohnya jatuh terhentak atau terduduk yang kuat. Sebab tu kena elakkan dan berhati-hati semasa buat apa-apa aktiviti lasak.
  • Seks yang keterlaluan. Yang ni buat aksi-aksi melampau sangat memang boleh bagi kesan pada rahim.
  • Mengangkat benda-benda berat. Contohnya kotak-kotak yang besar.
  • Jalan terlalu lasak.
  • Tidak menjaga pantang ketika lepas bersalin.
  • Tidak menjaga pemakanan.


Tanda-tanda Peranakan Jatuh :


  • Sakit perut yang luar biasa.
  • Keluar cecair dari rahim.
  • Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
  • Sakit pada ari-ari.
  • Sakit pada dinding faraj.
  • Sakit ketika 'bersama' suami.
  • Kejang pada bahagian bawah perut.
  • Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak kuar dari faraj.. (ini peringkat yang teruk).



Antara tips mencegah rahim dari jatuh:

* Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera

* Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang

* Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air

* Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat

* Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik

* Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi

Read more...

Monday 28 October 2013

PROMOSI SELAMA TIGA HARI..:) :) :)

Assalamualaikum..& Salam Sejahtera kepada semua peminat setia NURIN SUPPLEMENT..seperti biasa sy ingin membuat promosi hujung bulan selama  TIGA HARI  bermula hari ini..

Sebarang pembelian bernilai  RM250 KE ATAS ..anda layak menerima  HADIAH MISTERI  dari saya..bukan shaker or pill box yg biasa sy bagi yea...hehehe..nama  HADIAH MISTERI , jadi jangan tanya ape hadiah tue yea..

So..cepat..jangan tunggu lg..dengan harga runtuh beserta hadiah misteri lg or specialll..  SHAKER OR PILL BOX  tetap dapat yea campor  HADIAH MISTERI  lg..WOW..!!! BANYAKNYE gift sy nak bagi..   

Pembelian bernilai  RM250 KE ATAS  secara automatik layak menerima  HADIAH MISTERI ..mudah sahaja..

Sila hubungi :

✉ PM ke : Nurin Supplement
☎ Call/Sms/WhatApp/Wechat : 016-2253792 (RIN)










Read more...

Tips pengikat kasih sayang suami isteri




Sebelum pergi kerja:

I : "Abang.. nak salam "

S : "Sayang nak salam je?"

I : "Eeiuu, Abang jangan gatal depan pintu ea?" (bulatkan mata)

S : "Hahaha, sayang buat lagi suka tengok" (sambil cium tgn isteri seperti isterinya buat)

I : "Abang, kenapa setiap kali kalau saya salam mesti Abang cium tangan saya balik? "

S : "Kalau nak tahu kiss pipi Abang dulu. "

I : "ABANG...!!" (cubit perut suami)

S : "Aauuu!! Haha, okey-okey sorry, tak tau lah kenapa. Tapi setiap kali sayang hormat abang, abang rasa sayang. Bila abang cium tangan isteri abang yang dah banyak tolong abang itu lah cara abang hargai sayang. Walaupun sayang selalu bebel-bebel dekat abang, cubit abang, sakat abang balik kerja, buat duckFACE dekat abang, tu semua abang suka.."

I : "abang... pergi lah kerja cepat-cepat. Nanti saya rasa macam nak menangis.."

S : "hahaha.. mehh sayang dia sikit"



Gurauan, sakat , gaduh , merajuk, itu lah yg lagi mengeratkan hubungan. 


Alhamdulillah. Seronok hidup secara halal.


Read more...

Sunday 27 October 2013

Set Pelangsingan Shaklee




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai wanita dan lelaki di luar sana inginkan badan yang ramping dan menawan. Tapi masih tercari-cari produk yang sesuai untuk program menurunkan berat badan. 

Dengan Slimming Set Shaklee anda bukan sahaja mampu mencapai berat badan ideal, lansing, cantik tetapi anda juga semakin sihat dan bertenaga. Tidak perlu mengambil ubat terlarang tanpa kelulusan KKM. Dengan Shaklee ternyata mendapat kelulusan KKM, Halal dan selamat digunakan. Bukan sahaja untuk kurus tapi lebih sihat dan bertenaga.

Ramai yang tercari-cari produk untuk pelangsingan yang sesuai. Ada yang sanggup menghabiskan ribuan $$ semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang lansing dan menawan. Risau tentang bajet untuk menguruskan badan anda. Usah risau. Saya ada cadangan produk berdasarkan bajet anda di entry akan datang. 

Nasihat saya, pastikan anda memahami dengan jelas, apakah konsep utama dalam pelangsingan badan supaya anda tidak merasa TERTIPU dengan produk-produk pelangsingan yang terdapat di pasaran.

Hari ini saya ingin berkongsi Slimming Set Shaklee. Shaklee juga turut menawarkan produk pelangsingan bagi tujuan untuk pelangsingan badan. Ramai yang sudah mencuba dan merasai perbezaannya.


3 KONSEP UTAMA UNTUK KURUS:


BAKAR, BUANG, BINA


1. BAKAR 
Produk: LECITHIN/ OMEGA GUARD
Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol


2. BUANG
Produk: ALFALFA/HERB LAX
Fungsi: membuang lemak, toksin dalam badan



3. BINA
Produk: CINCH SHAKE /SOY PROTEIN
Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh lepas berat badan turun.



BERIKUT MERUPAKAN LANGKAH YANG TEPAT UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN LEBIH BERKESAN:

LANGKAH PERTAMA: DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar (najis). Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Produk Shaklee yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. 

LANGKAH KEDUA: MEMECAHKAN LEMAK
Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah. Seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Untuk makluman, Lecithin ni tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. 

Omega Guard pun turut membantu dalam proses memecahkan lemak dan mencegah obesiti. Omega juga dapat mengawal obesiti, merendahkan kolesterol bagi fungsi pengurusan berat badan. EPA dan DHA di dalam Omega Guard boleh merendahkan lemak dalam darah. 

LANGKAH KETIGA: MEMBINA OTOT 

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot agar bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.


Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak tapi gantikan dengan Energizing Soy Protein / MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? 

Apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.

TIPS PENTING:

Program pengurusan berat badan adalah berbeza dengan diet yang extreme. walau apa jua cara, pastikan pemakanan yang betul dan sihat, kurangkan karbohidrat dan lebihkan pengambilan protein, dan pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari. senaman dan pemakanan yang disiplin juga perlu dipatuhi. 



Read more...

Makanan Yang Tidak Baik Diambil Ketika Menyusukan Bayi



Sesetengah ibu menyusukan anak merasakan hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.

Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum akan disalurkan terus kpd bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi.

Oleh itu, wanita yang menyusukan bayi harus mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.

Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak,tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda.

Antara makanan yang tidak sesuai sepanjang ibu menyusukan anak anda ialah :

Makanan terlalu banyak buah-buah citrus seperti lemon, limau, oren dan limau gedang. Ia boleh menganggu system gastro usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Bayi yang sensitive buah-buahan tropical yang lain seperti buah mangga, jambu atau epal.

Makanan laut dengan kandungan merkuri yang tinggi seperti ikan yu dan ikan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan system saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuklah udang, salmon, tuna dalam tin dan ikan air tawar.

Memakan makanan yang diketahui mengalami alahan makanan. Bayi mungkin akan mengalami alahan yang sama sehingga mengalami sakit perut, mempunyai masalah tidur, atau gatal-gatal, ruam, dan eczema atau pernafasan yang berbunyi .

Meminum alcohol, bukan saja dilarang dalam islam, tetapi juga boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Mengambil kafein dalam minuman. Minunan berkafein seperti kopi, teh, minuman ringan tenaga, dan minuman bercoklat boleh dirembeskan ke dalam susu ibu akan menyebabkan gangguan tidur pada bayi.

Jadinya, saya mencadangkan agar wanita yang menyusukan anak agar mendapatkn nasihat pakar untuk PEMAKANAN YANG BETUL disamping MINUM AIR YANG SECUKUPNYA.

Read more...
 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews