Ads 468x60px

Saturday, 9 November 2013

SET PANTANG SHAKLEE YANG SANGAT HEBAT!

Assalamualaikum ibu ibu gojes semua. ;)

Ibu ibu dah nak sampai due date bersalin? Waahhh. Tahniahhhh. Cepat je kan masa berlalu. Alhamdulillah ibu dan anak di dalam kandungan sihat.

Mesti ibu ibu tengah sibuk mencari SET PANTANG yang terbaik untuk di amalkan ketika berpantang nanti kan? Memang banyak di pasaran set pantang. Macam macam jenama. Pening kepala nak memilihnya. Nak nak ibu ibu yang pertama kali bakal melahirkan anak sulung. Kan?

Soalan yang pertama ibu ibu pikirkan tentulah set pantang yang mana yang paling terbaik. Kan? Kalau baby kuning nanti boleh ke teruskan makan set pantang tu? Nanti kalau tak makan membazir je beli.

Sebenarnya penjagaan selepas bersalin sangat penting bagi memastikan luka cepat sembuh dan badan kembali bertenaga setelah menghabiskan seluruh tenaga untuk melahirkan anak.
Secara ringkasnya, fungsi set berpantang adalah untuk:
1.    Memulihkan organ peranakan supaya kembali subur dan memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.   
2.    Memulihkan luka luaran dan dalaman selepas bersalin.
3.    Mengembalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin 
4.    Supaya dapat mengelakkan stres dan meroyan 

Namun tak semua ibu ibu sanggup makan set pantang yang tradisional. (jamu). Ada yang tak sempat pun nak habiskan di sebabkan baby mengalami kuning dan ada yang set jamunya tak habis habis di makan since anak pertama lagi. Kan?

Ok. Ibu ibu jangan pening pening lagi. Saya menggalakkan ibu-ibu mengamalkan Set Pantang Shaklee kerana inilah pilihan yang terbaik untuk ibu ibu.



Kenapa TERBAIK?

Boleh dimakan sejurus selepas bersalin tanpa rasa risau kesan pada bayi. 
 Tidak memberikan kesan panas pada bayi.
Selamat di makan walaupun anak kena kuning. Jangan risau oke.
Normal atau Czer- kedua dua cara boleh mengambil set ini.
Membantu MERANGSANG penghasilan susu - SANGAT MERIAHH!!! 
Membantu MEMEKATKAN susu ibu supaya bayi CEPAT KENYANG! So ibu boleh up kan Stock susu utk bayi.
Membantu MELICINKAN kulit si ibu supaya lebih BERSERI & MENAWAN!!! 
Luka Jahitan cepat kering & Sembuh
Badan Cepat Bertenaga/ Tak letih / Tak sakit2 badan
NO Sembelit (Penting! Sebab biasa selepas bersalin ibu ibu akan mengalami sembelit yang amat sakit dan perit)
SATU-SATUNYA produk set bersalin yang boleh DIKONGSI bersama SUAMI!:)




Antara testimoni:

" Alhamdulillah..sejak amalkan set berpantang Shaklee ni badan memang rasa cergas je..semalam genap sebulan dah drive kereta pergi klinik untuk check up saya n baby..terkejut doktor dengan nurse kat klinik kesihatan tu..diorang kata masa jumpa saya macam orang tak berpantang je..masa 1st baby dulu dah sebulan pun rasa macam tak larat sangat nak berjalan..terbaiklah produk shaklee ni!"

Jom kita lihat KEHEBATAN setiap Set Pantang Shaklee:

VITA-LEA

-Ibu yang sedang berpantang digalakkan mengambil vita lea kerana semasa dalam pantang banyak makanan yg kita dilarang makan jadi tenaga kita akan berkurang. 
-Ibu banyak kehilangan darah semasa dan selepas bersalin. Oleh itu ibu perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat bg menggantikan semula darah yang hilang. 
-Mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. 
-Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya. 
-Pengambilan zat besi adalah sangat penting untuk penyusuan bayi. 
-Vita lea tidak boleh diambil bersama minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan kadar penyerapan zat besi oleh badan.


B-COMPLEX

-Membantu menstabilkan hormon badan
-Kekurangan B complex, boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi.. 
-Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang. 
-Menukarkan makanan kepada bentuk tenaga

ZINC COMPLEX


-Sesuai untuk ibu ibu yang tiada selera makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc complex adalah pengganti yg tepat kepada makanan tersebut. 
-Galian yg sgat penting dalam membantu proses pemulihan luka dalam. 
-Membantu proses pembaikan luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim). 
-Pengambilan zink bagi ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dengan baik. 
-Mengurangkan masalah rambut gugur 
-Membantu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.

VITAMIN C


-Berkonsepkan pelepasan masa. 
-Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara konsisten 
-Vita c sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran 
-Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan
-Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin....

ESP

-Memberi tenaga dan membantu melancarkan penghasilan susu
-Penting untuk kelenjar dan tumbesaran, 
-Mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol 
-Memberikan rasa kenyang kepada ibu ibu 
-Sangat bagus untuk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
-Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. 
-Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol.
-Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

OSTEMETRIX

-Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. 
-Mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 
-Membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang



Jangan risau ibu ibu. Sebab semestinya produk Shaklee sentiasa dijamin halal dan telah mendapat kelulusan KKM. Dan tak ada kesan sampingan. 

Kalau ibu ibu berminat bolehlah hubungi saya k. 


 Harga sure cair punya dari saya 

Tak percaya. Meh meh hubungi saya untuk maklumat lanjut k.


✉ PM ke : Nurin Supplement
☎ Call/Sms/WhatApp/Wechat : 016-2253792 (RIN)


Take care semua!.. ;-)
Read more...

PROMOSI VIVIX BELI 6 PERCUMA 1...

~ Vivix Shaklee ~

Ni dah masuk berapa haribulan dah ni. Saya baru nak post pasal promo bulan November. hehe sorry ye...ok bulan ni punya promo baikk punya. VIVIX!!!

Tada...!!!



Bulan ini adalah PROMO VIVIX BELI 6 PERCUMA 1 DENGAN HARGA RM2850 
Dengan pembelian ini anda akan dapat

  • 1 botol percuma (jimat RM475)
  • keahlian percuma yg bernilai rm65
  • penghantaran percuma
  • cash rebate rm241 yg akan dideposit ke dalam bank atau dalam bentuk cek 
Kalau ikut jika anda beli 2 botol pun dah dpt
  • keahlian percuma
  • penghantaran percuma
  • cash rebate rm37

** NAK BELI 1 PON BLH..BELI 2 KE..BELI 3..

Ok jom kita baca sikit khasiat dan kelebihan Vivix ni

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Siapa yang memerlukan Vivix? 

Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan.
Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain.
Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.

VIVIX BERTINDAK DALAM 4 CARA


1. Mempertahankan sel (cell defense)
2. Memberi tenaga pada sel


3. Memperbaiki Sel

4. Meningkatkan Prestasi Sel


4 BAHAN AKTIF DALAM VIVIX






Jadual di atas menunjukkan perbandingan VIVIX, MONAVIE, TAHITAN MONIE dan XANGO JUICE dan telah menunjukkan yg VIVIX membekalkan orac value yg tinggi untuk tubuh manusia



MANFAAT VIVIX SHAKLEE




APAKAH RESVERATROL DAN KHASIATNYA

Resveratrol adalah sejenis anti oksida - polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.







Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Shaklee, maka terhasillah Vivix, yang mempunyai resveratrol dan campuran phytonutrient yang diperolehi dari anggur muscadine yang telah menunjukkan 10 kali lebih berkesan dari pengambilan resveratrol semata-mata.

Resveratrol merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dalam cuaca yang ekstem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resevratrol yang tinggi!

MENARIK TENTANG VIVIX

  • Satu sudu teh Vivix mengandungi resveratrol yang bersamaan dengan 3000 gelas wain merah...pastinya alternatif terbaik bagi muslim
  • 2500 kajian diterbitkan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam Vivix
  • Bahan yang digunakan mempunyai potensi lebih 10 kali ganda dari resveratrol semata-mata dalam memperlahankan penuaan sel
  • Mempunyai lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins yakni antioksidan semulajadi
  • Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi tanpa pewarna tiruan, pemanis, perasa, alkohol dan pengawet
  • Semestinya halal dan mendapat kelulusan KKM
  • Dipatenkan eksklusif untuk Shaklee.

 Apa lagi kawan2? Masa ni lah kita nak hadiahkan untuk ibu & ayah kita atau sesiapa pun yang kita sayang. Untuk kesihatan keseluruhan. Jom!!

Sila hubungi :

✉ PM ke : Nurin Supplement
☎ Call/Sms/WhatApp/Wechat : 016-2253792 (RIN)
Read more...

Thursday, 7 November 2013

Tips baby pintar



Cara rangsang minda anak kecil:

Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama kehidupan bayi adalah tempoh utama berlakunya proses pembelajaran...tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak...alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekelilingnye.


Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting.

Di bawah ni ada cadangan aktiviti menarik yang boleh dibuat bersama dengan anak-anak:

• bertentang mata 
ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya...bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.

• bercakap-cakap dengannya
walaupun reaksi yang di berikan berupa keliru ataupun hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi...lama2 dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.

• susu badan
jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh...berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi...tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

• jelirkan lidah
kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah...ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.

• hasilkan buku binatang
sekiranya melawat zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk dijadikan album...kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.

• geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya
ketawa adalah langkah pertama dalam perkembangan humor bayi...per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.

• tunjukkan perbezaan 
pegang dua keping gambar beberapa meter dari muka si kecil...gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada)...bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya... ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar nanti.

• berkongsi pandangan
bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya...cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbenda haraan kata.

• nyanyikan lagu untuknya
kajian menunjukkan mem pelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

• gunakan masa menukar lampin sepenuhnya
gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

• beri kata kunci 
jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.

• beri kejutan 
sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.

• sediakan banyak tisu 
jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan...dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok...sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.

• baca buku berulang kali
saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta mem bantunya mempelajari bahasa.

• main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa 
bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

• main dengan warna 
pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama...kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.

• biarkan dia bermain dengan makanannya 
apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar...dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

• jangan lupa rehat 
luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan...biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

Selamat Mencuba. :)
Read more...

Friday, 1 November 2013

Adakah Selamat Menyusu Sewaktu Hamil?




Penyusuan adalah satu pengalaman yang indah di antara anda dan si manja, namun anda mungkin tertanya-tanya apa yang boleh dilakukan jika anda hamil lagi?

Walaupun penyusuan dijadikan sebagai pencegah kehamilan, ianya boleh berlaku jika:


  • Bayi anda berumur 6 bulan ke bawah,
  • Belum kedatangan haid semula dan
  • Anda menyusu si manja atas permintaan, enam hingga sepuluh kali sehari.


Keberkesanan ini dalam pencegahan kehamilan dianggarkan 98-99%. Jika anda belum bersedia untuk menimang cahaya mata lagi, anda dinasihatkan untuk menggunakan pencegahan kehamilan alternatif yang lain, memandangkan agak susah untuk mematuhi jadual penyusuan.

Penyusuan dianggap selamat untuk wanita mengandung. Bagaimanapun, jika anda mempunyai sejarah kelahiran tidak cukup bulan, keguguran, mengalami kesakitan uterus atau pendarahan semasa kehamilan sekarang, pakar penjagaan kesihatan anda mungkin menasihatkan anda supaya menceraikan susu.

Berikut adalah isu umum yang seringkali dihadapi oleh ibu yang menyusukan anak semasa mengandung:

• Puting tegang dan payu dara sakit - Hampir 75% ibu mengalami kesakitan atau ketidakselesaan pada puting mereka disebabkan perubahan hormon, yang boleh menjadikannya tidak selesa untuk menyusukan si manja. Anda boleh cuba menyesuaikan kedudukan badan anda dengan berbaring semasa menyusukan bayi, atau mengalih perhatian anda daripada kesakitan dengan menonton TV atau mendengar muzik.

• Kurang bekalan susu - Anda mungkin mendapati pengeluaran susu anda berkurang apabila kandungan anda semakin membesar. Ini boleh menyebabkan si manja anda cerai susu secara semulajadi. Sebaiknya, cuba menyusu untuk seberapa lama yang boleh kerana ia membekalkan nutrisi yang baik serta faedah immunologi kepada si manja anda. Kekerapan penyusuan dan pengosongan susu daripada payu dara merendahkan peluang anda untuk mendapat radang payu dara, iaitu mastitis.

• Ibu letih - Jika anda bimbang penyusuan boleh menambah keletihan, kebimbangan anda adalah tidak berasas, kerana penyusuan tidak menyebabkan keletihan dari segi fizikal. Malah, ia merupakan peluang yang baik untuk anda berehat.

• Pengecutan uterus - Penyusuan boleh meransangkan sedikit pengecutan uterus (rahim), tetapi ini tidak berbahaya kepada bayi dalam kandungan jika anda tidak mengalami komplikasi kehamilan. Pengecutan ini berlaku disebabkan oleh hormone oksitosin yang dikeluarkan semasa menyusukan si manja, tetapi selalunya jumlah keluaran tidak cukup untuk menyebabkan pembukaan servik (pangkal rahim) sebelum masanya. Jadi, dalam kebanyakan kes, ia tidak akan menyebabkan keguguran atau kelahiran tidak cukup bulan.

• Perubahan rasa susu - Hormon kehamilan menyebabkan pengurangan jumlah laktosa dalam susu yang dikeluarkan, manakala kandungan natrium meningkat; ini menjadikan rasa susu anda lebih masin, Si manja yang menyusu mungkin tidak suka rasa susu anda dan si manja anda akan bercerai susu secara semulajadi, tetapi ada kanakkanak kecil tidak menghiraukan perubahan rasa ini.

• Cerai susu - Si manja anda mungkin berhenti menyusu sebelum adiknya lahir oleh sebab-sebab di atas, atau disebabkan oleh perut anda semakin membesar dan pangkuan anda yang semakin sempit menjadikan kedudukannya semasa menyusu menjadi kurang selesa.

PENYUSUAN BERSAMA

Apabila bayi lahir, anda digalakkan untuk meneruskan penyusuan kedua-dua anak anda. Hal ini membolehkan kedua-duanya mendapat khasiat kebaikan daripada susu ibu. Anda boleh memilih sama ada untuk menyusu kedua-dua anak secara serentak atau berasingan pada waktu yang berlainan.

Secara umum, ia adalah selamat untuk menyusukan si manja semasa anda mengandung, tetapi anda perlu makan secara sihat dan minum air dengan secukupnya. Hal ini penting kerana anda perlu memastikan bayi dalam kandungan anda mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya.



Macam mana nak dapat stok susu melimpah ruah supaya dapat buat PENYUSUAN BERSAMA?

Betul ke BOLEH ni?

Saya katakan YA! memang betul!
Dengan pengambilan multivitamin+tips yang betul.
Ia mampu jadi realiti!

JOM TRY!

Belum cuba belum tahu!
Dah cuba, baru sayang kat SHAKLEE!

Nak tahu bagaimana?

Sila hubungi :

PM ke : Nurin Supplement
Call/Sms/WhatApp/Wechat : 016-2253792 (RIN)


Read more...

Thursday, 31 October 2013

Incentive dari SHAKLEE



Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..

Alhamdulillah incentive dari SHAKLEE telah pon dapat semalam..

Incentive naik rank ke SUP..ini tak termasuk bonus 4 angka yang sy terima pertengahan bulan tau..  

Bagi sesapa yg berminat nk jadi macam saya..

saya akan explain cara-caranya.

Boleh check link ini: Jana pendapatan dengan SHAKLEE


** TERBUKA KEPADA SESAPE YG SERIUS SAHAJA **



 Anda boleh hubungi :


PM ke : FB Nurin Supplement
Call/Sms/WhatApp/Wechat : 016-2253792 (RIN)
Read more...

Wednesday, 30 October 2013

SET MENYUSU SPECIAL UNTUK PARA IBU

Kenapa Perlu Menyusu Sendiri anak kesayangan anda?

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara fitrahnya, setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Demikiankah kehebatan se orang insan bernama ibu yang dikurniakan oleh Allah.

Benarkan Susu Ibu   Makanan Terbaik Untuk Bayi ?

Susu ibu mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk pembesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat.
Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihadapi oleh bayi yang baru lahir.
Kebanyakan susu tepung yang ada di pasaran, jika diberikan kepada  bayi boleh menyebabkan jangkitan kuman yang mengakibatkan cirit birit dan sebagainya.

Benarkah Ibu Yang Menyusu Ibu Yang Sihat?

Benar sekali. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusu. Secara umum, diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusu  bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan ibu.

Apakah Suplimen yang Perlu Diambil oleh Para ibu yang Menyusu bagi Memastikan Kesihatan Bayi dan Ibunya?

Multivitamin Shaklee
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein  Shaklee
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh.

Vitamin C  Shaklee
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tertumpu pada bayi. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Kompleks  Shaklee
Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.

Kalsium  Shaklee
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium, Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3  Shaklee
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak, Ia Telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu menpunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tuampuan  (ADHD) atau autisme.

Alfalfa  Shaklee
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara traditional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
_________________________________________________________________________________

Shaklee Breastfeeding Set  Shaklee

Family Wellness( ESP + Vit-Lea + Vit-C + B-Complex)  Shaklee
Mengandungi keseluruhan nutrisi untuk kekal cergas dan sihat. Ia memberikan tenaga dan makanan berkhasiat untuk tubuh yang sihat.

Ostematrix  Shaklee
Menyediakan nutrien matriks unik termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi bagi mengekalkan tulang dan gigi yang sihat.

Alfalfa Complex Shaklee 
Alfalfa Complex yang dicipta oleh Dr.Forrest C Shaklee pada tahun 1950-an merupakan Formula Milik Penuh Shaklee(Shaklee Signature Formula). Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral.

Complete Set terdiri daripada:

1) ESP  Shaklee - RM 150
2) Vit-Lea  Shaklee - RM 88.75
3) Vita-C  Shaklee - RM 92.50
4) B-Complex   Shaklee- RM 53.75
5) Ostematrix  Shaklee - RM 61
6) Alfalfa(S)  Shaklee- RM 53.75

Total Price for Non-Shaklee Member : RM 499.75

** UNTUK ANDA YANG INGIN HARGA DISKAUN BLH TINGGALKN KOMEN YEA..


Read more...

Panduan Menyusu di Tempat Awam

PANDUAN MENYUSU DI TEMPAT AWAM

Sesetengah ibu sanggup terperap di rumah kerana rasa tidak selesa ketika menyusukan bayi di tempat awam. Berhenti menyorok, ketahui panduan untuk menyusukan bayi sama ada di pasaraya, restoran atau mana-mana tempat awam...

Praktis di rumah

Tempat terbaik untuk anda praktis adalah di rumah. Mulakan dengan menyusu di hadapan ahli keluarga. Anda juga boleh cuba menyusu di hadapan cermin.

Dapatkan teknik yang anda selesa

Sekali lagi, praktis! Cuba dapatkan posisi yang anda dan bayi selesa.

Buat biasa saja

Jangan nampak terlalu cuak, pandang bayi anda.

Jika ada yang merenung

Kalau ada orang merenung anda, renung dia semula. Jarang orang nak merenung ibu yang menyusu, melainkan perlakuan anda (atau bayi anda) menarik perhatian mereka.

Pilih tempat yang sesuai

Cuba cari tempat yang tidak terlalu ramai orang dan sedikit tersorok. Cari tempat yang menghadap ke tingkap/dinding untuk lebih privasi.

Hadap ke belakang

Hadap ke belakang dahulu untuk latch-on/lekap sebelum menghadap ke depan semula.

Pakai pakaian yang sesuai

Baju yang sesuai dan bra menyusu memudahkan anda untuk menyusukan bayi. Pakai baju yang sedikit besar. Anda juga boleh mengenakan tiub (tube) di badan bagi mengelakkan ternampak perut jika baju terselak. Jika anda ada bajet lebih, beli baju khas untuk menyusu.

Sembunyikan di balik tudung atau selendang

Jika anda tidak bertudung, bawa selendang dan pakai di bahu untuk menutup bayi anda.

Susukan secepat mungkin

Susukan bayi anda sebaik sahaja dia menunjukkan tanda yang dia nak menyusu. Jangan berikan dia puting kosong atau botol untuk mendiamkannya.

Gunakan sling

Sesuaikan kedudukan bayi di dalam sling, dan anda boleh mula menyusu. Orang lain tidak tahupun bayi anda di dalam sling sebenarnya sedang menyusu.

INFO :

* Anda dapat mempromosikan penyusuan susu badan kepada orang lain dengan menyusu di tempat awam.

* Ada sesetengah ibu terutamanya bayi yang lebih besar yang menyusukan bayi mereka di dalam kereta dahulu sebelum keluar ke tempat awam.

* Jika anda terlalu malu, pam dan berikan susu ibu di dalam botol.









Love : Nurin Supplement ..(◕‿◕)
Read more...
 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews